Dec 7, 2011

Gol Nazmi Ketujuh Terbaik Dunia


BIARPUN skuad Olimpik negara pimpinan Ong Kim Swee tewas kepada Bahrain dalam Kelayakan Sukan Olimpik London Ahad lalu, namun salah satu jaringan yang dihasilkan pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor tercatat sebagai gol ketujuh terbaik dunia minggu ini.
Berdasarkan maklumat yang dipaparkan dalam laman rasmi 101greatgoals.com, anak jati Lembah Keramat, Kuala Lumpur itu mencuri perhatian dunia selepas meledak gol pembukaan negara dari jarak 30 meter.
Tambah manis, dia menjadi pemain termuda yang berjaya memasuki carta jaringan terbaik sepanjang minggu ini biarpun baru berusia 17 tahun.
Karier perjalanan Nazmi bermula dengan bergabung bersama skuad Harimau Muda B yang kini beraksi dalam kancah Liga Perdana musim 2011.
Selepas itu, kecederaan yang menimpa Gary Steven Robbat menyebabkan Nazmi dipanggil Kim Swee bagi memperkuat skuad bawah 23 negara untuk menghadapi temasya Sukan Sea Jakarta, bulan lalu.
Walhal, pada saat itu, Nazmi sedang beraksi mewakili pasukan bawah 19 negara pada kejohanan di Vietnam. Namun, seperti sudah tersurat, kehadiran Nazmi membawa tuah apabila membantu rakan sepasukan mempertahankan pingat emas Sukan Sea dimenangi di Laos dua tahun lalu serta tersenarai pada pertemuan berdepan Syria dan Bahrain.
Kini, namanya meniti puncak kemasyuran seperti dikecapi pemain yang lain. Namun harus diingat, Nazmi masih muda dan memerlukan penjagaan rapi daripada semua pihak bagi mengelakkan jangka hayat pemain yang mendapat jolokan ‘Kaka Malaysia’ ini ‘tidak panjang’ gara-gara publisiti yang melampau.
Malah, Kim Swee sendiri melahirkan kerisauan terhadap Nazmi yang mula mendapat tumpuan peminat dan media selepas berakhirnya kempen pertandingan bola sepak Sukan Sea lalu.
Senarai ranking penjaring gol terbaik di dunia minggu ini:
1. Kevin Prince Boateng (AC Milan lwn Barcelona, 23 November 2011)
2. Bruno Mezenga (Crvena Zvezda lwn Smederevo, 23 November 2011)
3. Yohann Eudeline (Sedan lwn Laval, 25 November 2011)
4. Dylan McGeouch (Celtic lwn St Mirren, 26 November 2011)
5. Jam Schlaudraff (Hannover lwn Hamburg, 26 November 2011)
6. Salif Hanifi (Saida lwn Kabylie, 26 November 2011)
7. Nazmi Faiz Mansor (Malaysia B23 lwn Bahrain B23, 27 November 2011)
8. Tim Brown (Wellington Pheonix lwn Sydney CF, 27 November 2011)
9. Inigo Martinez (Real Sociedad lwn Real Betis, 27 November 2011)
10. Damian Alvarez (Tigres lwn Pachuca, 27 November 2011)



Dec 6, 2011

FIKRIE PINJAMKAN SUARA UNTUK SHIN-CHAN



FIKRIE PINJAMKAN SUARA UNTUK SHIN-CHANOleh: Khadijah Ibrahim - Utusan Malaysia 2005

BIARPUN Crayon Shinchan adalah cerita kartun namun ia amat diminati di kalangan remaja dan orang dewasa. Namun ada ibu bapa yang melarang keras anak-anak kecil mereka menonton siri kartun tersebut. Kenapa? Larangan itu dibuat mungkin kerana Shinchan watak utama dalam siri kartun popular itu adalah seorang kanak-kanak tadika yang "jahat mulut".

Shinchan yang bersuara halus itu sering menimbulkan kemarahan kepada ibunya kerana melakukan perkara-perkara yang ditegah. Mungkin kerana itu, ada ibu bapa yang khuatir anak-anak mereka akan turut terikut-ikut dengan perangai Shinchan itu. Biarpun Shinchan nakal namun sikap tersebut tidak sedikitpun mempengaruhi Arfalie Fikrie Razali, 12, yang meminjamkan suaranya untuk watak tersebut.

Siri Crayon Shinchan yang disiarkan setiap hari Sabtu, 7 malam di NTV7 telah menggunakan suara Fikrie sejak dua tahun lalu. Kata Fikrie, dia hanya meminjamkan suaranya untuk kartun animasi yang popular dari Jepun itu dan bukan mengikut karakter Shinchan.

"Entah saya tidak rasa kenakalan Shinchan mempengaruhi diri saya. Saya hanya meminjamkan suara untuk alih bahasa siri tersebut. Bila selalu jadi Shinchan tidak rasa pula yang dia itu nakal", kata Fikrie jujur.

Fikrie merupakan anak sulung daripada empat beradik ini dipilih menjadi pengalih suara untuk siri animasi tersebut setelah menjalani uji bakat. Pelajar darjah enam Sekolah Kebangsaan La Salle Sentul 2, Sentul itu berkata, semuanya bermula apabila ibu saudaranya, Zairani Sarbini membawanya ke pejabat Karya Nusa Sdn. Bhd., untuk sesi uji bakat. Dia yang pernah berlakon teater Bukit Kepong pada tahun 2001 berkata, sewaktu pertama kali melakukan dubbing dia merasa sedikit gementar. Namun lama kelamaan perasaan itu hilang kerana mendapat sokongan penuh daripada pengalih suara yang lain.

Gara-gara meminjamkan suaranya untuk Shinchan, maka tidakhairanlah di kalangan kawan-kawan rapat Fikrie ada yang memanggilnya Chan.

"Saya tidak kisah jika dipanggil Shinchan atau Chan, kerana itu tandanya kawan-kawan juga menonton siri kartun itu",
katanya sambil tersenyum.

Meskipun Fikrie hanya meminjamkan suaranya, namun ada ketikanya dia perlu korbankan waktu sukaria bersama kawan-kawan. Ini kerana ada ketikanya dia perlu berada di studio rakaman di Karya Nusa, Petaling Jaya dari pukul 8.30 malam sehingga 2 pagi atau dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Semua itu dilakukan pada waktu cuti sekolah. Selalunya untuk satu rakaman, Fikrie dan pelakon-pelakon lain akan melakukan rakaman untuk dua episod. Jelas Fikrie, dia seronok dengan apa yang dilakukan sekarang ini kerana dapat kumpul wang saku sendiri. Biarpun mendapat bayaran RM45 untuk satu episod, dia tidak pernah boros dengan wang tersebut. Sebaliknya, kesemua wang pendapatannya itu disimpan oleh ibunya dan dia hanya membawa RM1.50 ke sekolah.

"Kisah mama simpan wang itu kerana ia akan digunakan untuk diri saya juga satu hari nanti. Setakat ini mama hanya benarkan saya buat alih bahasa saja. Dia tidak bagi berlakon sebab takut pelajaran saya terabai", katanya yang memang minat berlakon itu.

Sementara itu Zairani yang turut menemani Fikrie berkata, anak saudaranya itu mempunyai bakat semula jadi. Zairani yang sudah 10 tahun membabitkan diri dalam bidang pengalihan suara itu turut meminjamkan suaranya dalam siri Crayon Shinchan untuk watak guru, Yoshinaga.



Dec 5, 2011

Cemburu tanda syg

Seorang Wanita Sanggup Menyembunyikan Rasa Cintanya Berpuluh2 Tahun..
Namun Sayang...
Seorang Wanita Tak Mampu Menyembunyikan Rasa Cemburunya Walau Hanya Sesaat :')

Dec 1, 2011

Melly Goeslaw feat irwansyah-love story[HD]video clip


mcm sedih.memang sedihpun. kisah CINTA TERHALANG. oleh
keluarga. So, jum layan kat Astro citra ;)

Nov 24, 2011

AIM? Yuna Terkilan.




Penyanyi dan komposer muda, Yuna yang ditarik kemenangannya dalam kategori utama Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) menganggap ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan tidak bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang.
Dia yang bakal memasarkan album Inggeris untuk pasaran Amerika Syarikat berkata, penjelasan sepatutnya bukan daripada pihaknya sebaliknya Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur perlu mengadakan sidang akhbar dan menjelaskan dengan terperinci bagaimana masalah itu berlaku.

“Pada saya perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana ia membabitkan majlis anugerah berprestij. Apatah lagi AIM itu sendiri mempunyai tanggungjawab besar untuk mengangkat industri muzik tempatan.
“Saya membesar dengan mengagumi penganjuran AIM sebelum ini. Apabila memenangi anugerah yang amat saya hargai dan ditarik balik atas kesilapan yang dikatakan sudah tentu rasa terkilan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Harian Metro difahamkan RIM dijadualkan mengadakan sidang media bagi menjelaskan mengenai kesilapan teknikal yang berlaku itu pada petang ini. “Saya diberitahu mengenai kesilapan itu dua hari lalu,” kata Yuna.

Pada AIM18 yang berlangsung 12 November lalu Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai diumumkan pemenang Lagu Terbaik menerusi singlenya, Penakut.
Selain Lagu Terbaik, pada majlis anugerah berprestij yang mengiktiraf karya terbaik karyawan muzik tempatan itu, Yuna turut memenangi anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan Anugerah Kembara.

Yuna berkata, kesilapan yang berlaku akan menyebabkan ramai pihak akan hilang keyakinan terhadap RIM dan penganjuran AIM itu sendiri.
Menurutnya, lebih membimbangkan kemenangan bagi kategori lain dimenangi penggiat muzik tempatan turut dipertikaikan kerana mungkin kesilapan berlaku. Katanya, sejak awal lagi dia mengikuti segala syarat diberikan RIM untuk mempertandingkan karya dihasilkan dalam AIM, terutama membabitkan pencalonan karya dihasilkan harus 100 peratus anak tempatan.

Syarat ditetapkan juga menyebabkan albumnya tidak dipertandingkan kerana tiga daripada lagu dihasilkan dikatakan tidak layak kerana ia untuk pasaran luar.

“Saya akur dengan setiap syarat diberikan, tetapi apabila kemenangan ditarik balik sudah tentu timbul kekeliruan. Bukan saja kepada saya, tetapi seluruh penggiat industri muzik tempatan.

“Tidak keterlaluan jika dikatakan ada pihak melihat apa yang berlaku sinis dan kelakar. Apatah lagi penganjuran AIM membabitkan dua entiti besar iaitu RIM sendiri dan jabatan audit diiktiraf,” katanya.

Kata Yuna lagi, sebenarnya sewaktu diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Lagu Terbaik, dia sudah berasakan ada sesuatu yang tidak kena berlaku, kerana syarat untuk memenangi anugerah utama itu, lagu dihasilkan dan didendangkan haruslah menjuarai kategori dipertandingkan.

“Ketika majlis sidang akhbar perkara sama turut ditanya wakil media, bagaimanapun pihak penganjur mengatakan untuk kategori Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik dinilai juri berbeza. Perkara itu sudah dimaklumkan dan semua pihak faham.

“Saya sendiri akur dengan penjelasan itu memandangkan untuk tahun ini ada beberapa perubahan dari sudut syarat dibuat RIM mahupun Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi),” katanya.

Nov 22, 2011

Malaysia Raih Enam Emas Termasuk Dari Bola Sepak Pada Hari Ke-11 Sukan SEA


Malaysia Raih Enam Emas Termasuk Dari Bola Sepak Pada Hari Ke-11 Sukan SEA

JAKARTA, 21 Nov (Bernama) -- Malaysia menambah enam pingat emas pada hari ke-11 temasya untuk terus kekal di tangga keempat carta kutipan pingat keseluruhan, ketika Sukan SEA ke-26 yang bermula pada 11 Nov lalu berakhir esok.

Empat daripada emas tersebut diperolehi dari skuad berbasikal trek, satu emas dari acara bola sepak malam ini dan satu dari acara renang berirama.

Selepas tamat semua acara melibatkan atlet negara hari ini, kontinjen Malaysia mengutip 58 emas, 48 perak dan 77 gangsa.

Tuan rumah yang menjadi juara keseluruhan edisi ke-26 temasya, kukuh di persada carta kutipan pingat keseluruhan dengan mengutip 170 emas, 146 perak dan 134 gangsa.

Juara bertahan dari edisi di Laos, dua tahun lepas, Thailand berada di tangga kedua dengan 105 emas, 94 perak dan 118 gangsa, diikuti Vietnam (96, 90, 100).

Malaysia berada di tangga keempat, diikuti Singapura (42, 45, 73), Filipina (36, 55, 77), Myanmar (16, 27, 34), Laos (9, 12, 36), Kemboja (4, 11, 24), Timor Leste (1, 1, 6) dan Brunei (0, 4, 7).

Acara yang mencuri tumpuan pada hari ini ialah final bola sepak antara Malaysia menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno.

Pertemuan edisi ini dimenangi skuad Bawah 23 tahun negara kendalian Ong Kim Swee dengan menumpaskan Indonesia 5-4 melalui penentuan sepakan penalti, sekaligus membuktikan pasukan Malaysia terbaik di rantau ini.

Perlawanan penuh selama 90 minit berkesudahan seri 1-1.

Indonesia membuka jaringan menerusi Gunawan Dwi Cahyo pada minit ke-4 sebelum pemain Malaysia Mohd Asraruddin Putra Omar menyamakan kedudukan pada minit ke-33.

Terikat dengan jaringan itu sehingga tamat masa tambahan, penentuan pingat emas dilakukan melalui sepakan penalti.

Malaysia mempertahankan gelaran juara yang dimenangi dari edisi di Laos dua tahun lepas dengan keputusan muktamad 5-4.

Sementara itu acara berbasikal trek negara menghadiahkan empat pingat emas kepada kontinjen negara pada hari terakhir pertandingan.

mas tersebut diperolehi dari kategori Sprint Individu wanita, Sprint Individu lelaki dan Berpasukan Sprint wanita dan juga Omnium lelaki.

Pelumba negara yang berpangkalan di Melbourne, Australia Fatehah Mustapa meraih emas dalam kategori Sprint Individu wanita.

Pelumba Malaysia itu menewaskan pelumba Filipina Apryl Eppinger yang meraih perak sementara pelumba tuan rumah, Santia Tri Kusuma meraih gangsa.

Gandingan beliau bersama Ju Pha Som Net dalam acara Berpasukan Sprint wanita membuahkan satu lagi pingat emas buat negara.

Pingat perak pula diraih oleh atlet Thailand Chanakan Sricha Um-Jutatip Maneephan sementara atlet tuan rumah Santia Tri Kusuma-Riska Agustin mendapat gangsa.

Acara lelaki turut menyaksikan atlet negara Muhd Idros Md Yunos dan Mohd Fattah Amri Zaid mendominasi pingat emas dan perak menerusi acara Sprint Individu Lelaki menewaskan pesaing ketiga dari Thailand Satjakul Sianglam yang berpuas hati di tempat ketiga.

Muhamad Hafiz Mohd turut menyumbang emas selepas memenangi tiga daripada lima disiplin yang dipertandingkan dalam acara Omnium untuk meraih juara keseluruhan acara itu.

Beliau meraih tempat pertama dalam disiplin Flying Lap, Elimination dan Scratch sementara masing-masing nombor ketiga dan keempat dalam disiplin 4000m kejar mengejar dan mengutip mata (Points), cukup untuk mengenepikan pencabar-pencabar yang lain.

Seorang lagi pelumba negara Ahmad Fakhrullah Alias membawa pulang pingat gangsa setelah tewas kepada pelumba tuan rumah, Indonesia, Fatahillah Abdullah yang meraih pingat perak.

Muhamad Adiq Husainie Othman pula meraih perak dalam 30km Point Race lelaki setelah tewas kepada Renee Mier Lohn dari Filipina.

Pingat gangsa diraih pelumba Indonesia, Faroka Rully Ifnu.

Hari terakhir acara renang berirama turut menyaksikan Malaysia menjuarai kategori Kombinasi Bebas berpasukan.

Pasukan negara terdiri Katrina Ann Abdul Hadi, Tan May Mei, Mandy Yeap, Shareen Hui, Tasha Jane Taher Ali, Emanuella Mah, Gan Zhen Yu, Zyanne Lee, Zylane Lee dan Ling Yeo Pei telah mempamerkan persembahan yang konsisten dan bertenaga. Mereka memperoleh 37.213 mata untuk merit teknikal dan 38.150 mata untuk penataan artistik untuk mengumpul 75.363 mata, diikuti Singapura dengan 73.101 mata dan Indonesia dengan 71.713 mata.

Peninju negara Mohd Farkhan Haron terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas 16-25 kepada peninju Indonesia, Alex Tatontos pada perlawanan akhir acara tinju kelas 75kg lelaki.

Atlet angkat berat wanita, Nur Jannah Batrisyah Teh meraih gangsa dalam acara 69kg ke atas wanita menerusi gabungan kategori 'snatch' dan 'clean&jerk'dengan angkatan keseluruhan 208kg.

Atlet tuan rumah Novita Sherly yang melakukan 224kg membawa pulang emas manakala rakan sepasukannya Riska Anjani memperoleh perak dengan 218kg.

Wushu yang turut melabuhkan tirai, memberikan dua pingat gangsa menerusi Tang Pei Pin dari acara Sanshou 60kg wanita dan Wong Wei Jian dari acara Shabshou 70 kg lelaki.

Esok merupakan hari terakhir temasya yang menawarkan 12 pingat emas kesemuanya dari acara paragliding yang diadakan di Bandung.

Majlis penutup temasya bagi edisi ke-26 ini akan diadakan malam esok di Palembang.

-bernama-

Malaysia kini diiktiraf 'Raja Bola ASEAN'






JAKARTA: Kejayaan skuad bawah 23 tahun Malaysia mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Indonesia malam tadi membuktikan mereka adalah pasukan terbaik di Asia Tenggara ketika ini.


Mereka juga membuktikan kejayaan meraih emas bola sepak pada Sukan SEA 2009 di Laos dan menjuarai Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) tahun lalu, bukanlah kerana nasib semata-mata.
Biarpun persembahan pasukan Malaysia sebelum ini dipertikaikan terutamanya oleh media Indonesia, kemenangan malam tadi menutup terus mulut pengkritik dan penyokong fanatik skuad negara tuan rumah itu.
Media di Indonesia kini mengakui Malaysia adalah "Raja Bola Sepak ASEAN".


Dalam perlawanan akhir malam tadi di depan 100,000 penonton tuan rumah, Malaysia menundukkan Indonesia 4-3 menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1.


Bagi jurulatih negara, Ong Kim Swee, selepas dua kali menumpaskan Indonesia di laman mereka sendiri, kemenangan Harimau Muda itu adalah kemenangan mutlak dan bukannya nasib semata-mata.


Di perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A, Malaysia menumpaskan Indonesia 1-0 dan malam tadi, sekali lagi skuad Garuda Muda ditundukkan Harimau Muda, di gelanggang keramat mereka, Stadium Gelora Bung Karno.
Menurut jurulatih berasal dari Melaka itu, perlawanan malam tadi mungkin tidak akan berlanjutan ke masa tambahan atau ditentukan melalui sepakan penalti sekiranya tiga tonggak utama Harimau Muda, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Syahrul Azwari Ibrahim dan Izzaq Faris Ramlan, dapat bermain.


Ketiga-tiga penyerang itu tidak diturunkan selepas mengalami kecederaan sewaktu pertemuan separuh akhir dengan Myanmar.


Ong mengakui pada perlawanan masa tambahan, beliau mengarahkan pemain untuk melakukan hantaran pendek kerana memahami mereka keletihan terutama selepas mengharungi tiga perlawanan sengit berturut-turut.


Beliau juga mengakui pengalaman beberapa pemain yang menimba pengalaman di Slovakia, turut mencorakkan permainan taktikal dan corak pantas skuad tersebut.


Mereka termasuk Mohamad Fadhli Mohd Shas dan Mohd Irfan Fazail yang pernah bermain dengan pasukan kelab Slovakia, FC ViOn Zlate Moravce.


Ong juga menceritakan pengalaman agak menakutkan ketika pasukan Malaysia hendak pergi ke stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.


Menurutnya, bas yang dinaiki pemain dan beberapa penyokong negara digoncang penyokong Indonesia.


Beliau memuji pemain kerana tidak terganggu oleh permainan psikologi penyokong lawan dan sebalik memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan.


Pengalaman berdepan penyokong fanatik di Jakarta, katanya, memberi pengalaman baru dan mematangkan pemain Malaysia.


Selepas Datuk K Rajagobal mengecapi kemanisan membimbing pasukan negara bergelar juara acara bola sepak Sukan SEA pada 2009, kini giliran Ong pula menikmatinya.


Bagi Ong, ada satu lagi misi yang lebih penting menunggu skuadnya.


Pasukan negara yang pulang ke tanah air hari ini akan menyambung latihan sebelum menentang Syria dalam perlawanan peringkat Kumpulan Kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 8.45 malam esok. - BERNAMA



Nov 11, 2011

berfikir sejenak

Kisah kehidupan di dunia ini penuh warna warninya. Aku yang suka bermenolog. Amati segala yang berada di persekitaran dan Apa guna pegang segulung ijazah,master pegang kuali pun takut2. huaaa.(seribu satu cerita yang boleh dkongsi)p/s: untuk peringatan aku sendiri.hihi.Apa guna jadi mahasiswa/i cemerlang . adab dengan orang tua pun tak cemerlang. Apa guna jadi pendebat kalau bersuara dengan orang pun ta bertauliah. Cakap lepas.. dan apa guna jadi pakar psikologi kalau diri pun takut di psiko. Ermm, aku ta lepas dari melakukan sesuatu di luar sikap rasional. Kadang2 taip pun ikut suka.  Cakap pun main ikut dan. Buat keje pun ikut (asal siap) . mengemas pun kadang2 tengok masih dalam peringkat yang ta memuaskan. Memasak? Ermm Bole lah…  just I must to do better lah.. speaking pun masih terabur. Yep , im not perfect..  memang la kita ta sempurna. Tapi kita boleh kan berusaha untuk jadi sempurna? Really? 

Kalau kita cakap je pandai tapi buat tak geti. Lebih baik diam dari bercakap. Sejujurnya aku ta suka di arah. Dari kecik memang xsuka di arah.. sbb tu my parents ckp aku degil keras kepala. Bapak saudara aku sendiri pna ckp aku ni keras kepala. Dan sikap keras kepala ni masih ada dalam hidup aku. Sampai budak serumah pun cakap aku ni degil? Ahh peduli apa. Yang penting aku xbuat benda yang xelok. Degil pun sbb aku suka ikut kepala aku.n kearah keselesaan aku sdri. Tapi kadang2 klo aku rasa ia kearah ok. Aku ok  je kot.dan mnrma arahan. cehhh.huhu.. nak arah aku boleh. Tapi berbahasa OKEY.
 (bukan kau msuk wataniah ke? Askar kan suka mengarah).  Ermm, yea. Memang suka mgarah. Tapi arahan dia kan mengajar kita untuk lebih berdisplin kan? Em ok,Macam mana pulak yg seperti membuli??       Ermm buli ea?? Rasanya belum pna rasa dbuli.. kalau terkena. Pandai2 la kenakan balik. Segala Kesusahan ada kesenangannya lah!.Kadang2 putus asa gak beb. Tapi aku kuatkan smgt . mana ye tak? Aku ni kuat nangis gak.. xpna wat kje berat2. Lasak2 lagi la x. tapi mukin ada hikmahkan.. macam mn aku boleh hidup dalam dunia askor ni. (nasib baik wataniah. Ringan lah skitkan ).. yea memang ringan sikit = =” ..uhuuu. ok dah la malas nak bceloteh lebih2. lau ayat aku ni buat korang myampah. tme kasih la. sudi baca smpai hbis ni hah/ ok wsalam. 

So tunggu cerpen terbaru. Hatiku tetap miliknya.. coming!!