Apr 29, 2011

Terapung di restoren!!


dalam kul 5 petang.my fwen Moon call..
"nad, ko watpe?"
"xdewtpe.layan sosio je"
"jum,kita kua makan..siap2 cpt."



Oritee..plan nak kua nan adik aku..but, keta dia wat hal..so, rezeki 
kua tu dgn kawan2..lagi syokk derr.3keta. n dak2 laki. bermotor la.lepak kat restoren terapung ..betul2 dekat dengan Kuim aku ni.
gambar kat atas ni pun..aku yang snap.dan telah di edit la.almaklumlah.
hoho..takat hp sony je. xde cmra mhal2 la.lgpun tarak duit.duit pt pun. kehabisann. kuang3..hoho..bila dah edit..cantik lak pic n
pndai gak aku tgkapkan..kih3.sgt2 seronok lepak
dengan diorang.. aku flow sje. bila dah di ajak tu.
hehehe.. anwy, thanks, moon, dhira, teha, radhi.
n semua yg sporting td.. love you friends!!!

Apr 27, 2011

mimpi

bila aku sedih. 
bila aku teringat akannya.
dia akan hadir dalam mimpiku.
mimpi yang pasti. 
aku tercari-carinya.
menunggu 
dan menanti sehingga
hadir dirinya.
aku tersenyum melihatnya.
pabila dia hilang dari mimpi tu
pilu rasa di hati
kembali terasa.
dan mimpinya bersambung pada esoknya
sehingga aku tidak mampu membiarkannyai.
dan cuba untuk menghubunginya kembali

Ya Allah, walaupun takdirku nanti dia bukan untukku. 
berilah dia kebahagiaan dan kesenangan dalam hidupnya.
Amin ya robal..

Apr 25, 2011

kom


Salam,
Rabu ni!!! subjek komunikasi. harap2 dapat skor.Amin

Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumatperasaanidea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua:
  • perbuatan menghantar matklumat; dan
  • proses untuk bertukar-tukar maksud;
supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geribahasa isyaratsentuhanhubungan mata, dan penulisan.

Apr 21, 2011

istiqamah itu Mahal harganya

Istiqamah itu mahal harganya
يُثَبِّتُ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِٱلۡقَوۡلِ ٱلثَّابِتِ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ‌ۖ وَيُضِلُّ ٱللَّهُ ٱلظَّـٰلِمِينَ‌ۚ وَيَفۡعَلُ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ
Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri) dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. Ibrahim: 27

“Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab,“Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu”.
“Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”. Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, “Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram”. (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32). “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda”.
“Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.
Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,
”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH– (Riwayat Imam Ahmad)
“Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendakinya.”

Apr 15, 2011

Tonsil?

Pembedahan Tonsil

Tonsils diagram.jpg


Tonsil merupakan kelenjar limpa yang terletak di bahagian tekak, ia berfungsi sebagai penuras kuman semasa pernafasan. Sesetengah individu boleh menghadapi infeksi tonsil yang berulang dan teruk.Jika ia memberi masalah kepada individu tersebut, tonsil itu boleh dibuang melalui pembedahan tonsilektomi. Indikasi lain untuk pembuangan tonsil ialah saiz tonsil yang besar yang membawa kepada masalah berdengkur dan jika tonsil itu menghadapi kanser.Pembedahan tonsil mengambil masa lebih kurang 30 hingga 45 minit dan tidak begitu rumit. Pembedahan akan dilakukan setelah pesakit dibius sepenuhnya dan pesakit tidak akan tahu apa-apa semasa pembedahan.Setelah bius diberikan, mulut pesakit akan dibuka mengunakan alat yang dinamakan retractor. Pembedahan dilakukan melalui ruang mulut sahaja, tiada apa-apa pemotongan akan dilakukan di mana-mana bahagian kulit luar.
Semasa pengeluaran tonsil, akan ada sedikit sebanyak pendarahan yang selalunya dapat diberhentikan dengan kaedah diatermi.
Diatermi merujuk kepada penghasilan haba pada suatu bahagian tubuh melalui arus elektrik berfrekuensi tinggi yang dipasangkan pada kulit pesakit, terletak antara dua elektrod.Sebelum mengeluarkan alat retractor, pakar bedah akan memastikan tiada pendarahan lagi dari kawasan pembedahan. Selepas pembedahan pesakit akan diberikan ubat penahan sakit dan kadangkala ubat semburan tekak dan ubat kumur tekak.Beberapa hari yang pertama pesakit mungkin akan mengalami rasa sakit yang akan menyusahkan proses penelanan. Pesakit dinasihatkan memakan makanan-makanan yang lembut dan sejuk.
Makanan yang pedas juga patut dielakan. Pesakit harus minum lebih banyak air ataupun minuman sejuk. Pesakit juga harus digalakkan bercakap.
Proses penelanan dan percakapan akan membolehkan pergerakan otot-otot di bahagian tekak berfungsi sepenuhnya dan ini akan membolehkan proses penyembuhan di kawasan pembedahan berlaku dengan lebih cepat, justeru rasa sakit akan berkurangan dengan lebih awal.
Proses pemulihan akan mengambil masa lebih kurang satu hingga dua minggu. Proses pemulihan ini boleh berlaku lebih awal lagi jika petua-petua yang saya sebutkan tadi diikuti.

Untuk makluman, pesakit-pesakit yang berada di bawah jagaan saya tidak pernah mengalami sebarang masalah semasa mahupun selepas pembedahan ini. Jadi, usahlah risau.
Disediakan oleh Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Selangor, Dr. Loganathan Athanari.





The human palatine tonsils and the nasopharyngeal tonsil are lymphoepithelial tissues located near the oropharynx and nasopharynx, although most commonly the term "tonsils" refers to the palatine tonsils [that can be seen in the back of the throat]. These immunocompetent tissues represent the defense mechanism of first line against ingested or inhaled foreign pathogens. However, the fundamental immunological roles of tonsils have yet to be addressed.Like other organs of the lymphatic system, some believe them to be involved in helping fight off pharyngeal and upper respiratory tract infections, but there is no conclusive evidence to that effect.An inflammation of the tonsils is called tonsillitis, which causes one's tonsils to become sore and swollen. The most common way to treat it is with antibiotics.





Tekananku negatif Relex positifkan diri

salam,

firstly, thanks 2 my letc sir shahrul coz sudi jalan2 ke my blogspot.. hoho
agak malu tapi wat talam dua muka gak. agaga..Talam dua muka? 
haisyhh bahaya tu.Thanks untuk coment2 tu sir.kritikan yg sgt membina..
.errrk,kritik ke? hihihi..petikan dari kata2 sir. "menarik gak..ayat santai.tapi
 santaikan lagi' orite2.. try do the best utk up kan value .
mcm sir kan, pernah jejek ..ops!! jejek pulak. jejak 4juta rite?.
.kikiki.but sbb x update lme menurun da. agak lama aku borak2 dgn sir ..
 berchat chit chat bersama beliau.sje mintak extra asgmnt.. tugasan yg menarik
 gak tuk aku. 5 laman web yang paling di minatioleh pelajar kuim. hoho.
.tentg prsent الشعر العربي  agak frust sbnrye,, hmmm risau ye subj BA..
nak cite pasal stdy weeks?.hancus.. sampai hari ni. xstdy .dsbbkan kesihatan tu. 
argh agak ketensionan.ermm rasa ye xprpare pape. ermmm, mcm slalu stdy 
last minit la nampak ye.Doakan la harap2 sglanya takde pape. amin ya robal.

Apr 10, 2011

Masalah Sosial Remaja Islam

Ym Tengku Naufal is a great Man yang pernah aku jumpa..firsty, ofcouse kacak..
Beliau juga merupakan Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya
Peguam Syar'ie Wilayah Persekutuan. DBA (Org Change) UniSA, M Sc.(Corp Comm) Uniputra
LL.M(Comm & Corp Law) London dan LL.B (Hons) IIUM. Beliau berkomunikasi dalam Khalayak dengan begitu jayanya.terasa dekat ,peramah dan aku nak terus mengikuti segala perbincangannya sampai ke akhir slot.

Langsung xmengantuk.best!!!

Masalah Sosial Remaja Islam

Apa yang dapat aku perkatakan . Sekiranya pemikiran remaja kita terus bermain dengan nafsu
hancurlahh masa hadapan negara tiadalah pemimpin sehebat Bapa kemerdekaan kita, tiada pemimpian sehebat bapa Perpaduan, bapa pemodenan, yang telah membawa negara kita mampu seiring dengan negara yang hebat di Luar sana.
"Jika Engkau Mahu melihat Masa Hadapan Negara, Lihatlah Remaja pada hari ini".
pembaca-pembaca sekalian. Sedarkah anda ? Anda merupakan Remaja yang akan membentuk 
Negara pada Masa akan datang?Sekiranya kita masih dibelenggu dengan dunia keseronokkan, dunia hiburan,
Tanpa menyedari apa yang berlaku kepada negara kita pada masa akan datang hancurlah negara kita.
dijajahlah kembali negara kita. kerana ketika dan saat ini minda remaja Melayu yang beragama islam sudah pun di jajah oleh yahudi dan nasrani.Dunia Facebook sahaja sudah menunjukkan ramai remaja kita
 lalai sekiranya tidak menggunakan laman sosial itu dgn faedahnya .Jadi mari kita menyelam terus ke dasar dasar laut..untuk mengetahui apa itu masalah sosial? apa punca masalah sosial? dan langkah2 mengatasi.

Apa itu Masalah Sosial?

  • Masalah sosial merupakan krisis nilai melalui perlakuan, perbuatan dan tindakan menyalahi moral, agama mahupun undang-undang.
  • Sering dikaitkan dengan kesan pembangunan prasarana yang tidak seimbang dengan pembangunan rohani.Menurut kajian pada tahun 1989 di dapati meningkatnya prasarana,menurunnya rohani remaja.
  • Dilakukan oleh sesetengah gol.pada setiap lapisan masyarakat, gol.muda dan remaja sering mendapat perhatian.
  • Berpunca daripada pelbagai faktor antaranya ketidakseimbangan status sosioekonomi, ketidakseimbangan
  • status sosioekonomi,ketidakupayaan memenuhi tuntutan umum masy. berhubung status, kejayaan, pekerjaan , yang baik mahupun kegagalan dalam penghayatan agama (Rokiah,2000)

Antara Masalah Sosial yang dilakukan remaja islam 

  1. Salah laku seksual
  2. Bencana Arak
  3. Bencana Dadah
  4. Nakal & Masalah displin
  5. Merokok
  6. Lumba haram/merempit

Antara Salah laku Seksual

  1. Seks bebas
  2. pengguguran bayi luar nikah
  3. pornografi
  4. Berkhalwat
  5. Cinta sejenis

Seks haram,..senario terbaru

300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas.
Sehingga ada yang menggugurkan janin(Shatar Shabran,2009)

melihat dari apa yang berlalu remaja kita sememangnya tiada penhayatan agama.lebih menyedihkan 
apabila yang menjadi keutamaan remaja terbabit dengan seks bebas itu ialah 'buat selagi tidak mengandung'. di mana nilai moral remaja kita? yg mementingkan keseronokkan tanpa memikirkan
natijah yang akan berlaku pada masa depan dalam hidupnya terutama perempuan?.
di mana tiada agenda ketuhanan dalam hidup. ilmu pendidikan islam yang mereka belajar di sekolah dahulu
hilang begitu sahaja .A yang tidak memberi apa-apa makna.Ada remaja Muslim yang tahu perbuatan dosa tetapi berkata 'enjoy dulu,nanti taubat2lah'. tapi sedarlah ajal maut semua kuasa tuhan. satu kisah yang boleh di kongsikan ,seorang hamba Allah ketika hayatnya pada zaman nabi dahulu telah melakukan dosa yang begitu besar sekali, pelbagai dosa yang telah di lakukannya,minum arak,berzina..namun dengan kuasa Allah dia mendapat hidayah dari Allah dan tidak lama daripada itu hamba tersebut mati dalam islam.Tetapi lain pula cerita seorang hamba Allah ketika zaman nabi dahulu seorang yang warak,tidak pernah meninggalkan solat, melakukan amalan yang baik, namun satu hari hatinya mula berasa bosan.lalu berniat untuk melakukan dosa ..belum sempat dia membuat dosa. hamba tersebut mati dalam keadaaan berniat untuk melakukan maksiat.Mati dalam di murkai Allah.Allahualam.Sesungguhnya kita sebagai manusia yang tidak sempurna tidak boleh mendosakan dan mempahalakan orang lain.Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui lagi maha menentukan.Jelas kita tidak boleh sewenang wenangnya galak melakukan dosa , nanti2 barulah taubat kerana kita tidak tahu bila ajal kita.Malahan, ada remaja berpengetahuan dan memiliki kesedaran agama,ttpi ia tidak menyentuh jiwa mereka (Shatar Shabran,2009)

Antara Punca Masalah Sosial Remaja (berdasarkan kajian di Malaysia)

Perasaan ingin tahu dan ingin mencuba-  biology human ketika ini nafsu remaja mula mengelodak.

Pengaruh rakan sebaya - firstly, teenager trust more with friends than parents.tingkatan 1,2 anak-anak lebih pentingkan kawan-kawan daripada ibu bapa

pengaruh media massa - internet , teenager can have video seks and mudah muat turun dalam henfon dgn mudah sekali.

Dahagakan keseronokan- kurang kasih sayang dari ibu bapa yang sibuk bekerja

Sikap keluarga- mengabaikan anak-anak .bapa yang tidak mengambil berat tentang anak.Bapa kurang take care tentang anak2 .lebih memberi tgjwb kepada ibu untuk mendidik.buktinya, lihat apabila ada msyuarat PIBG majoriti kaum ibu yg hadir berbanding bapa yang meletakkan alasan kerja penyebab tidak boleh hadir ke sekolah.

Tekanan emosi- ingin bebas, terlampau di kongkong 

Menurut Prof Abdullah Nashih Ulwan Antara Punca Masalah Sosial
Remaja 

  1. Kemiskinan keluarga
  2. suasana tidak harmoni antara ibu bapa
  3. penceraian dan akibatnya
  4. kurangnya aktiviti remaa untuk mengisi waktu lapang
  5. Pergaulan negatif dan teman yang jahat.
  6. buruknya perlakuan ibubapa terhadap anak
  7. filem sadis dan porno
  8. tersebarnya pengangguran dalam masyarakat
  9. kelalaian ibubapa terhadap pendidikan anak
  10. bencana keyatiman

Cadangan Langkah pengurangan

peranan

ibu bapa -Perlu didikan awal kepada anak2,tekankan didikan agama dan moral sedari awal,mjadi'rakan baik'mereka pada usia remaja, meluangkan masa,sabar dalam mengharungi cabaran

guru- menjadi 'role model' ,penampialn guru perlu lebih dekat dgn jw rmja, komited dalam memerhatikan gerak perilaku remaja 

rakan sebaya-rakan terdekat perlu memainkan peranan utk mnyedarkan rmja berkenaan, skill kemahiran mbantu (psr) perlu didedahkan kpd rakan2 yg berpengaruh.menarik minat remaja bkenaan utk myertai persatuaan yg berfaedah.

Anggota masyarakat-mewujudkan pel. organisasi belia remaja yg dapat menentukan peranan mereka dalam pelbagai bidang, mengaktifkan peranan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan utk melatih rmja aktif dalam berpersatuan,memartabatkan seluruh institusi keagamaan islam(mahkamah atau perundangan , pddikan masjd) spy peranan an fngsi institusi berkaitan dapat drealisasikan dgn berkesan.

masalah sosial ini tidak akan dapat di bendung sekiranya langkah2 di atas tidak di laksanakan.Hati lah paling utama untuk melakukan sesuatu tindakan. Bukan mudah untuk mengubah orang lain sedangkan diri sendiri
susah untuk bekerjasama dgn diri sendiri untuk menjadi lebih baik.fikir2kanlah. semoga  kalian get knowledge dr pengkongsian yang aku dapat daripd seminar yg aku pergi ni. sekian terima kasih ^_^

p/s: sekiranya ada kesalahan berbahasa.hrap dmaafkan.