Jul 4, 2013

Lemah ingatan?

Pernahkah kita mengalami situasi terlupa meletakkan barang atau tiba-tiba rasa tidak tahu mahu buat apa?

Ini merupakan penyakit lemah ingatan. Lemah ingatan bermaksud manusia itu berasa sukar untuk mengingati sesuatu. Dalam keadaan tertentu, fikiran manusia akan tiba-tiba menjadi ‘blur’.
Pada zaman dahulu, penyakit ini hanya dijangkiti oleh orang-orang yang sudah berusia. Ia lebih dikenali sebagai nyanyuk. Namun situasi pada zaman kini lebih parah, di mana golongan remaja juga tidak terlepas daripada mengalami penyakit lemah ingatan.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan manusia lemah ingatan. Dalam diskusi forum Halaqah, beberapa maklumat penting telah dikenal pasti. Ia berkait rapat dengan perspektif agama Islam.

Faktor-faktor Lemah Ingatan dan Mudah Lupa

Antaranya adalah:
  1. Melakukan zina mata – Bermain mata dengan perempuan.
  2. Melakukan onani dengan tangan.
  3. Melihat perkara-perkara yang haram.
  4. Melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.
  5. Sentiasa berada dalam keadaan resah gelisah.
Kelima-lima faktor di atas merupakan faktor kritikal yang menyebabkan manusia mudah lupa. Remaja yang cenderung terdedah kepada perkara di atas akan mempunyai kemungkinan yang tinggi, untuk menghidap penyakit lemah ingatan.

Bagaimana Untuk Merawat Penyakit Mudah Lupa?

Dari perspektif Islam, penyakit mudah lupa boleh diubati menerusi rawatan al-Quran. Perbanyakan baca ayat-ayat al-Quran setiap hari. Seelok-eloknya mula membaca 3 ayat al-Quran sebelum tidur, dan juga selepas solat fardhu Subuh.
Dari perspektif sains, kita boleh mengambil suplemen makanan yang dapat menghapuskan free radical yang ada dalam badan. Antaranya pengambilan suplemen yang terbaik adalah jus Monavie.
Jus Monavie mempunyai lebih daripada 19 campuran buah-buahan yang berkhasiat. Buah-buahan ini dapat membantu kita untuk meningkatkan tahap ingatan dengan lebih baik, dari semasa ke semasa.


perkara yang membuat kita tumpul atau ingtan lemah.
seperti:
Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam


Perkara-perkara yang perlu diamalkan

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selalu menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam
……dan yang paling penting dibawah ini……..
selamat beramal…..

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal ( kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat ).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”
(Surah Al-Ahzab:71)
Sumber : Email Sahabat omaQ.org

No comments: