Aug 31, 2010

Yang ke 53

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53.

sambut dalam bilik jer. dengan Mood macam gok sikitkan.
Tapi terlompat-lompat pulak time tengok bunga api di mainkan. haha.
macam jakun pulak. Sambil rakam segala aksi. huhuh, raya tahun ni macam sayu2 la.. 
haha. kali pertama berpuasa di perantauan katakan. So, agak xsuka buka lagu raya...merdeka pun kat tempat orang. adui, macam jauh je melaka ngan johor..huhu.

Merdeka kah kita?
adakah kita merdeka?.
fikiran kita masih di tokok lama.
nak hancurkan bangsa sendiri.
pantang Lihat senang
Ada jer yang tidak tenang.
Kolot dan Jumud.
Bila nak berubah.
tepuk dahi tanye kawan sebelah.

sekian 

Aku xmenyesal dow,

“Ampunilahh segala kelalaianku ini Ya Allah. Aku hanya insan kerdil yang mudah menyayangi.. Sayang ku bukan sehingga membentuk cinta.. kerana Cinta untukku bukan KINI.. CINTAKU kini Hanya Pada Mu. Tp SAYANG ku ini. Pada mereka yang menyayangiku.Ayah,ibu, adik beradik, sahabat2ku, dan inginku nyatakan di sini. Kepada mereka yang sering bertanya. Setakat ini tiada seorang pun yang aku cintai. Cuma sayang. Sayang dalam pengenalan yang telah terjalin lama.tidak kira di dunia reality atau maya. Andai begini Takdirnya. Redho itu penuh dengan ketenangan.
Tiada sedikit penyesalan. Walau aku menolak cinta si Dia yang menungguku lama. Tp telahku redho dengan takdir.. Kerana dia berjaya mencari wanita  yang mungkin lebih baik dari ku.. Setelah aku meminta untuk dia melakukan itu sekiranya dia tidak lagi sanggup menunggu ku. Tidak sedikitpun aku menyesal . seperti mana yang di maksudkan oleh kawab baiknya. Aku tidak menyesal. Sebab tu yg aku minta untuk dia lakukan. dan dia kian berubah. itu juga bukan satu penyesalan bagiku."

Sekian.

Aug 28, 2010

personaliti



Personaliti secara kebiasaannya diberi maksud mengenai diri manusia itu dan diberi definisi mengikut kecenderungan masyarakat. Ia adalah kepentingan sosial dalam masyarakat itu sendiri dalam proses tingkah laku. Dikategorikan pula sebagai 'baik' atau sebaliknya. Malah dari aspek psikiatri, terdapat sesetengah orang gagal mengenal pasti personalitinya sendiri berikutan fenomena halusinasi mahupun delusi. Kedua-dua fenomena itu membuatkan penghidapnya gagal membezakan realiti dan fantasi.

Secara umumnya, para pengkaji bersepakat mengatakan bahawa personaliti merupakan ciri-ciri yang dinamik dan tersusun dimiliki oleh seseorang yang secara unik mempengaruhi kognitif, motivasi dan tingkah laku dalam pelbagai situasi. Oleh itu, ramai pengkaji berpendapat kajian personaliti merupakan analisis saintifik ke atas perbezaan individu yang melibatkan aspek kenapa dan bagaimana manusia bertindak secara unik dan kreatif terhadap perubahan persekitaran. Fokus utama mereka adalah untuk menghasilkan teori-teori yang menjelaskan cara bertindak balas yang unik bagi setiap individu terhadap persekitaran fizikal, sosial dan budaya. Penjelasan tersebut membawa kepada andaian yang diuji dan disokong oleh bukti yang empirikal.

Hakikat yang perlu disedari adalah penyakit atau gangguan mental memerlukan rawatan dan penjagaan yang lama dan berterusan. Penyakit mental adalah penyakit yang diakibatkan oleh gabungan pelbagai faktor fisiologi, patologi dan psikologi. Antara faktor penyebab penyakit mental sukar dirawat atau dipulihkan serta-merta adalah kerana 

  1. kecederaan kepada otak, 
  2. tekanan perasaan yang berpanjangan, 
  3. gangguan emosi akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan,
  4.  kemurungan yang berkekalan, 
  5. rembesan hormon yang tidak normal,
  6.  gangguan traumatik, 
  7. penyalahgunaan dadah dan gangguan neurosis yang kronik. 


Skizofrenia, kemurungan, kecelaruan personaliti adalah penyakit psikiatri. Bagaimanapun, skizofrenia adalah di antara penyakit jiwa yang serius. Antara tanda-tandanya, pesakit sukar membezakan dunia nyata dengan dunia fantasi. Pemikiran bercampur aduk, semakin tidak nyata, manakala emosi menjadi kabur dan tidak teratur. Faktor penyebab adalah keturunan atau genetik dan kerap ditemui dalam keluarga yang mempunyai sejarah menghidapnya. Individu yang mempunyai ibu atau bapa skizofrenia mempunyai risiko 45 hingga 50 peratus mewarisinya.

Kajian penyelidik mendapati, pesakit psikiatri mengalami ketidakseimbangan kimia dalam otak. Kajian meliputi kegagalan fungsi sistem penghantaran saraf otak iaitu saraf yang nenyalurkan komunikasi antara sistem saraf. saraf yang dimaksudkan adalah sitem dopamine, serotonin dan neurorepinephrine.

Antara gejala yang dialami oleh pesakit adalah perubahan emosi dan personaliti, perubahan pemikiran, perubahan presepsi dan pandangan serta kurang reaksi. Malah dikatakan amuk (mengamuk) juga merupakan penyakit psikiatri. Dalam budaya Melayu, seseorang itu dikatakan berani kalau sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuk mengorbankan dirinya sendiri serta tidak menghiraukan bahaya yang mendatang. Dari aspek psikiatri, perlakuan itu lebih menjurus kepada kegagalan otak berfungsi dengan baik (tidak normal).

BERHATI-HATILAH DENGAN REALITI, KERANA IA BERKEMUNGKINAN 
SEKADAR FANTASI...



jauhkan

"sangat dayus si lelaki yang memainkan perasaan perempuan yang naif"


"sangat hina si perempuan yang memainkan perasaan lelaki yang setia"

                              fikir lah?
                                           by Nadhz

forum lagi (",)

Berforum lagi?.

Alhamdulillah.. forum pertama bagi subj Pengajian Malaysia.. dan forum pertama aku di ipt. Sudah lama tak berforum. So, rindu juga nak melalui situasi tu lagi.
So, Puan telah memberi tugasan ini 2 hari sebelum  berforum. Soalan yer. Pendudukan jepun di Tanah Melayu.. “Senang je kot”. Haa senang la sgtkan. Tajuk ni time STPM and sek Menengah dulu.. tapi yang merisaukan aku dan kawan2 aku ialah  Soalan yang bakal di tuju kan nanti..  dalam masa 2 hari tu juga kami sekampung di rumah kak wani pengantara kita heee.. tak tidur dan tengah2 malam memekak . sampai mengigau2 seorang lagi teman.. kes gemuruh nak berforum. Semuanya tak sia2.. Bila dapat tepukan gemuruh dan respon audien. Yang paling happy senyuman puan… huuuuuu..
Bukan nak bangga.. tapi dari mulut2 pendengar yang berkata kami first group yang paling gempak . Sebab dapat jawab kesemua soalan yang di tujukan..
Tapi yang aku xpuas hati!!!... si JOHN syco aku.. memang lebam mata ko nanti …siap r ko dowh…  sabau2… ramadhan ni.. turn ko nanti. Aku nak pastikan. Suara ko pun xley keluar.. jeng jeng.. huhu.. pape pun. Aku puas hati dan kawan2 aku semuaaa puas hati… alhamdulillah syukur.. semoga markah tinggi lah..  amin. So next week . kuiz for pengajian Malaysia adalah tajuk forum kami.
Wish me luckk!!.

By Nadhz  

Nasihat ayah


Ayah Bagi Nasihat. Sebelum Aku berada Di dunia Kampus IPT..
Tentang Cinta...tentang aurat & Agama.. 
tentang berada di atas kaki sendiri

" Jangan Mudah Menerima Seseorang untuk kau cintai.. dan jangan Mudah mempercayai kata2 lelaki yang belum kita tahu asal usulnya".. 
Ayah pesan lagi..
" Jangan Kau tanggal tudung dan hipokrit depan Ayah dan Mak"
walau ayah tahu kau tak begitu....
jangan tinggal solat.
dan 
"ni masanya Kau buktikan... kau boleh berada di atas kaki kau sendiri.. bila berjaya di ipt nanti."

ketika tu aku diam.. itu sekadar nasihat yg agak pedas bagiku.. sepertiku rasa ayah tidak mempercayaiku.

Bila ayah melihat aku sekadar berdiam
ayah berkata lagi
"Ayah tak tuduh kau begitu.. tapi sekadar nasihat pada masa akan datang...
manusia boleh berubah "........

Insyaallah....... nasihat itu akan aku turuti..

Aug 26, 2010

diam lebih Baik?

Islam dibina atas lima perkara : mengakui bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan mengakui Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan
(HR Bukhari Muslim)





LEBIH BAIK BERDIAM DIRI?

Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? "
(Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"
(Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', 
usah gusar di label 'budak yang pendiam'.
Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, 
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.


Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"

atau
"Diam-diam tong kosong"

atau
"diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?"


HIKMAH BERDIAM DIRI
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari
orang bodoh yang banyak bicara.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)


Menasihati orang yang bersalah , tidak salah. 
Yang salah memikirkan kesalahan orang.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.


** Sumber: Majalah Anis Edisi Mei 2009


selawat~

salam ^_^
harap mdapat sesuatu yang baru,..

Aug 24, 2010

award dari ppiey

aku dapat AWARD
sekadar BlogSpOt





1. Adakah anda rasa happy sekarang ?

tidak!..agak tekanan. bebanan asg ,test , present and full clases...
But sempat pulak. nak wat post ni :) .lex jap. sekarang kul 2.22am (",)


2. Kenapa anda rasa happy ?
ofcouse la di sebabkan sesuatu yang menyeronokkan.
contohnya kejutan, dpt hadiah,. result cemerlang..

3. Apakah yang boleh membuatkan anda happy ?

bila diri di hargai : )


4. Pernah anda menerima tag ?

pernah.. agak banyak kali... 


5. Nyatakan warna yang anda suka .

unggu, coklat,hitam

6. Beritahu 10 orang yang anda tag

tak mau tag :) .kawan2 semua kk buzy...




thankz 4 yg sudi TAG..... 

Aug 21, 2010

kenapa cinta dan cinta?

cinta


cinta adalah kekuatan yang mampu

 mengubah d u r i jadi M a w a r, mengubah 

c u k a menjadi a n g g u r,

mengubah s e d i h jadi  r i a n g,mengubah 

a m a r a h jadi 

r a m a,mengubah m u s i b a h menjadi 

m u h i b b a h,itulah cinta.........

Aug 20, 2010

Keaiban orang bukan modal berlawak

Hadis:" Keaiban orang bukan modal berlawak "

RASULULLAH bersabda maksudnya : "Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!"

Hadis di atas mengingatkan umat Islam mengenai tata susila dan ketertiban ketika berbicara. Kita diingatkan tidak berbicara dengan mengarang cerita dusta untuk dijadikan bahan ketawa.

Contohnya, perbuatan seperti melawak, berjenaka atau bergurau senda memang boleh membuatkan seseorang itu ketawa. Ia dapat menggembirakan atau menggelikan hati orang lain.

Membuatkan orang lain senang hati termasuk dalam amal kebajikan. Rasulullah juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan sahabat Baginda.

Bergurau mempunyai adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:
• Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah.
• Gurauan itu bukan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
• Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
• Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
• Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
• Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau pada waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
• Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.
• Sesungguhnya Rasulullah apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh.

selawat~

berusrah bersama 2


:: haramkah bersalaman antara lelaki dan perempuan bukan mahram ::

Al-Imam Yusuf berkata dalam fatwa mau'sirah: 

Setelah memperhatikan riwayat-riwayat tersebut, maka yang mantap dalam hati saya adalah bahawa semata-mata bersentuhan kulit tidaklah haram. Apabila didapati sebab-sebab yang menjadikan percampuran (pergaulan) seperti yang terjadi antara Nabi saw. dengan Ummu Haram dan Ummu Sulaim serta aman dari fitnah bagi kedua belah pihak, maka tidak mengapalah bersalaman antara laki-laki dengan perempuan ketika diperlukan, seperti ketika datang dari perjalanan jauh, seorang kerabat laki-laki berkunjung kepada kerabat wanita yang bukan mahramnya atau sebaliknya, seperti anak perempuan pakcik atau anak perempuan makciki sama ada dari pihak ibu ataupun dari pihak ayah, atau isteri pakcik, dan sebagainya, lebih-lebih jika pertemuan itu sudah lama tidak terjadi.

Dalam menutup pembahasan ini ada dua hal yang perlu saya tekankan(perbahasannya panjang,sesiapa mahu perbahasannya yang lengkap emailkan pada saya)

Pertama, bahawa bersalaman antara laki-laki dan perempuan itu hanya diperbolehkan apabila tidak disertai dengan syahwat serta aman dari fitnah. Apabila ditakuti terjadi fitnah terhadap salah satunya, atau disertai syahwat dan taladzdzudz (berlazat-lazat) dari salah satunya (apa lagi keduanya) maka keharaman bersalaman tidak diragukan lagi.

Bahkan seandainya kedua syarat ini tidak terpenuhi - iaitu tiadanya syahwat dan aman dari fitnah - meskipun bersalaman itu antara seseorang dengan mahramnya seperti Makciknya, saudara sesusuan, anak tiri, ibu tiri, mertua, atau lain-lain, maka bersalaman pada situasi seperti itu adalah haram.

Bahkan bersalamann dengan anak kecil pun haram hukumnya jika kedua syarat itu tidak terpenuhi.

Kedua, hendaklah bersalaman itu jika ada keperluan saja, seperti yang disebutkan dalam pertanyaan di atas, iaitu dengan ahli keluarga atau besan yang terjadi hubungan yang erat dan akrab diantara mereka; dan tidak baik hal ini diperluas kepada orang lain, bagi mengawal pintu kerosakan, menjauhi syubhat, mengambil sikap hati-hati, dan meneladani Nabi saw. - tidak ada riwayat kuat yang menyebutkan bahawa beliau pernah bersalaman dengan wanita lain (bukan ahli kelurga atau tidak mempunyai hubungan yang erat).

Dan yang lebih utama bagi seorang muslim atau muslimah - yang komitmen pada agamanya - ialah tidak memulai bersalaman dengan jantina yang berlainan. Tetapi, apabila diajak bersalaman barulah ia bersalaman.

Saya tetapkan keputusan ini untuk dilaksanakan oleh orang yang memerlukannya tanpa merasa telah mengabaikan agamanya, dan bagi orang yang telah mengetahui tidak usah mengingkarinya selama masih ada kemungkinan untuk berijtihad.




Dan saya bawakan juga pandangan dari guru saya.

Secara umum terdapat 2 pendapat. Yang pertama dipegang oleh kebanyakan ulama yg lepas dan sekarang yakni tidak dibenarkan. Yang kedua pendapat ulama kontemporari yakni adalah lebih baik untuk tidak bersalam tangan dengan org yg halal kita kahwini, namun sekiranya seseorang itu boleh menyebabkan jatuh maruah sesseorang itu, maka itu dibenarkan. Di sini ingin dijelaskan bahawa Islam telah menutup segala pintu yg boleh membawa kepada hubungan yg haram antara lelaki dan perempuan. 

Prof Qardhawi telah mengeluarkan fatwa berkaitan bab bersalaman dengan wanita (Fatawa Mu'asirat): Berikut adalah fatwa dan penjelasannya secara ringkas. 

1.Harus berjabat tangan ketika tidak disertai dengan syahwah, rasa kenikmatan atau rasa teransang. Ia juga mesti aman daripada fitnah. Jika disertai dengan syahwah dan teransang gelora seks, maka haram hukumnya walaupun dengan mahram (ipar duai, mertua, anak saudara dan lain-lain) atau lelaki remaja yang belum tumbuh janggut) 

2.Berjabat tangan hendaklah pada tempat yang perlu sahaja, contohnya: suasana hari raya, ramai sahabat handai, saudara mara yang datang yang kebanyakannya adalah saudaramara samaada melalui nasab atau perkahwinan. 

3. Ia pada kadar yang tidak keterlaluan dan berlebihan sebagai langkah berjaga-jaga kerana RasuluLlah saw tidak pernah berjabat salam dengan wanita bukan mahram. 

4.Lelaki beriman yang menjaga agamanya seharusnya tidak memulakan salam (kepada wanita). Ia bersalaman bila pihak wanita yang memulakan dahulu. 

5.Hukum bersalaman dengan wanita ini terhad dan khusus bagi siapa yang memerlukan sahaja. 

Perbahasan dalam bab ini sungguh panjang, maka Qardhawi telah merumuskan untuk kita. 


Bersalam dengan perempuan bukanlah cara yg betul ketika bertemu dgn perempuan dalam Islam. Para Ulama bersepakat mengatakan bersalam dengan perempuan bukanlah cara yang betul. Biarlah seluruh manusia di muka bumi ini tahu bahawa ia merupakan salah satu dr protokol Islam, kemudian barulah dia menahan diri dari menghulurkan tangan kepada kaum wanita. Al-Quran telahpun memberitahu kita agar jangan melihat kaum yg lain dengan nafsu. Dan kita juga tahu, bersalaman dengan kaum yg lain adalah lebih merbahaya dari itu. Oleh kerana tidak terdapat satu hadis pon mengatakan ia haram, para ulama membuat keputusan bahwa ia menghampiri hukum haram yakni makrooh. 

Di dalam fatwa an-Nadthar wal-Khulwah wal-Ikhtilaat-(m/s 10), telah diharamkan lelaki bersalam dengan seorang perempuan yg bukan mahram, Ini kerana dengan bersalam, boleh menbulkan fitnah dan fitnah yg paling hebat ialah menyentuh kulit perempuan ajnabi, dan segala perkara yg membawa ke arah fitnah itu adalah dilarang. 





love

you love me like flowers
that love God's words
never tired of spreading
their aroma of happiness
never tired of calming down
 their worries
you love me like the sun
that loves us, thy god
never tired of radiating its bright light
never tired of valuing life

Aug 13, 2010

trend teenager

Salam,


seringkali menjadi persoalan dalam benak fikiran remaja sekarang?  bila masih dalam status single....so, bacelah.. kepada mereka2 yang berkenaan..




Remaja hari ini kebanyakannya resah bila belum berpunya. Melihat pasangan lain berdua-duaan ke sana ke mari. Terbit di hatinya keinginan yang sama. Perasaan itu fitrah dan kekal fitrah, suci dan bersih jika disalurkan ke jalan yang halal. Namun, benteng iman yang rapuh menyebabkan ramai pasangan remaja tersasar dalam cinta palsu mereka.

Bagi gadis suci yang belum berpunya, singkirkanlah resah di hatimu. Usah cemburu pada yang palsu dan menipu. Andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.

Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita dan Dia pasti menguji anda
sedikit masa lagi. Bersiap-sedialah. Anda pasti dijodohkan. Jika tidak di dunia nun di syurga.

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, tabahlah dan teruskan berusaha. Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pernah mengalami pinangan ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha! Satu tip memikat yang dikagumi oleh wanita beriman ialah apabila seseorang lelaki pandai memikat ibubapa si gadis sebelum memikat dirinya.

“Apa yang memberi faedah kepada orang beriman selepas takwa kepada Allah,
kebaikan buatnya ialah isteri yang solehah.” (HR Thobrani).

Dengarlah duhai remaja, bisikanku ini tulus untukmu. Dengarlah pesanku, cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan. Allah s.w.t. memujukmu di dalam al-Quran, wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya (rujuk al-Nur: 26). Telah tercatat seungkap nama pasangan di loh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Allah Maha bijak mengatur yang sepadan, kufu'. Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai, si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga.

Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu yang dimurkai Ilahi. Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki. Lupakan segala kegundahan. Ubatilah resah di hati. Dekatkan diri pada cinta Ilahi , nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki. Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan.

http://kasihislam94.blogspot.com/

selawat~




p/s    tuju khas kat GK(ayim). haha. my ex senior yg berada di UM skrg..
goodluck to u.. jangan jelez2 bila tengok kawan2 berpasangan..
pening pale je kot.. lain la kan.. kewangan stabil.coz
ada aweks nanti msti banyk kne keluar duit..layan karenah lagi.
gado2 lagi...



Aug 4, 2010

What is psychology?

salam, 2 asgmnt psikologi.. dalam bahasa inggeris n bahasa melayu..huiii, kawan2 semua sempoi jer. tapi aku agak risau.. 
pape pun.. entry kali ni.
 
what is psychology?

Psychology is the study of human behaviour. Psychology has three faces, namely discipline, science and profession. It is a discipline or a major subject of study in colleges and universities. It is a science or a method of conducting research. It is a profession which requires one to apply special special knowledge, abilities and skills in order to solve human problems.

What do psychologists do? As teachers, psychologists teach the discipline of psychology in universities and colleges. As researchers, psychologists are employed by universities, the government and business organisations to do basic and applied studies of human behaviour. As service providers, psychologist work with people who are coping with problems or suffering from mental or emotional disorders and provide appropiate treatment. As administrators, psychologists work in hospitals, mental health clinics, welfare organisations, universities, colleges and business. As consultants, psychologists with special expertise are hired by organisations to advise on the problem in which he is an expert, such as in market survey, mental health services, education, etc.

Where do psychologists work? Colleges and universities employ many psychologist to teach, do research, counsel students and administer programmes. Many psychologist run their own private practices and provide services to individuals, couples and families. Others are employed by hospitals, mental health clinics, college counselling centres and human services agencies. Business and industries also employ psychologists as trainers, personnel managers and designers of selection, pay and management programmes.

Who should study psychology? If you are interested in working with people, helping them overcome depression, dealing with their problems, etc., you will find careers in psychology interesting. However, you must have an aptitude to get alon  g with people well, speak, convince and at times even influence them. Do you care for people? :)

done ^_^..

Aug 3, 2010

Persiapan Ramadan

Salam,
kurang daripada seminggu lagi, umat Islam di seluruh pelusuk dunia akan menyambut kedatangan bulan yang paling mulia, Ramadan Al-Mubarak. Bicara soal sambut-menyambut tentulah perlu ada persiapannya. Sepertimana kita hendak menyambut kedatangan YB ke tempat kita. Mungkin ketika ini ramai orang sudah membuat persiapan bagi menyambut ketibaan Ramadan. Namun, persoalannya bagaimanakah persediaan itu?
Persiapan yang mesti dibuat hendaklah merangkumi persiapan fizikal, mental dan ruhani untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Apakah persiapan fizikal?

Persiapan fizikal bukanlah "pulun" habis-habisan sebelum menyambut Ramadhan. Bukannya memastikan perut mampu bertahan menghadapi Ramadhan dengan bekalan makanan yang menjadi isi perut sehingga bertambah beberapa kilogram berat badan!

Persiapan fizikal ialah melatih diri berpuasa. Sebagaimana kita perlu warming up atau stretching dahulu sebelum masuk gelanggang. Hal ini bagi memastikan kita bersedia dan biasa dengan keadaan berpuasa. Menahan lapar dan dahaga dan banyak mengerjakan amal soleh. Bahkan, berpuasa pada bulan Rejab dan Syaaban amat digalakkan dalam Islam. Sunat. Rasulullah tidak pernah berpuasa lebih banyak pada bulan lain melainkan Syaaban. Kita hendaklah memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan yang baik supaya mampu berpuasa dengan sempurna. Alangkah ruginya jika kita mendapat sakit di bulan Ramadan sedang orang lain ralit berpesta ibadah. Sudahlah bulan lain tidak banyak amalan kita. Malangnya, bulan yang digandakan pahala ini juga kita tidak dapat mengerjakannya. Apa lagi yang ada pada kita untuk berdepan dengan Allah di hari Akhirat?

Persiapan yang kedua ialah akal.

Persiapan akal ialah kita sudah bersedia dengan ilmu. Ramai orang berpuasa tetapi punyai ragu-ragu dalam berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan. Ada yang tidak mengetahui apakah ibadah-ibadah yang afdal di bulan ini. Inilah perlunya persiapan ilmu. Lebih teruk lagi, ada yang melakukan persiapan untuk menghadapi hari-hari puasanya yang tentunya banyak masa lapang dengan membeli DVD pelbagai cerita; cerita Korea, Hindustan, Sepanyol, Amerika, cerita lawak dan entah apa-apa cerita lagi. Supaya diri tidak merasa bosan sementara menunggu waktu berbuka. Inilah yang diisi dalam kepala otak mereka!

Alangkah baiknya jika ia diisi dengan ilmu ukhrawi dan ilmu duniawi yang bermanfaat. Hari ini pelbagai jenama penerbit buku telah mengambil inisiatif untuk highlight buku-buku yang khusus bagi bulan-bulan tertentu. Contohnya bulan Ramadan bakal tiba ini, ada flyers khusus senarai buku-buku berkaitan Ramadan. Ada juga kedai buku yang membuat rak khas buku-buku Ramadan. MasyaAllah...Betapa baiknya jika kita hadam buku-buku itu di siang hari sepanjang Ramadan. Bukan saja dapat mengisi masa yang terluang, manfaat ilmu dan pahala juga kita peroleh.

Persiapan mental yang paling utama ialah setkan matlamat bahawa kita berpuasa ini untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa!
Yang dikatakan persiapan ruhani itu adalah mendidik nafsu kita.

Latihlah diri untuk mula bangun awal supaya dapat bersahur. Bukan untuk kekuatan di siang hari tetapi ia juga adalah suatu ibadah. Paling baik bangun lebih awal sedikit supaya sempat berqiamulail sekurang-kurangnya solat sunat Tahajud dan sunat Taubat. Giatkan lagi pembacaan al-Quran supaya lebih fasih dan tidak terasa berat untuk membaca lebih banyak di bulan Ramadhan. Perbanyakkan amalan sedekah di bulan Ramadan. Kalau boleh buat satu checklist harian atau jadual supaya kita boleh mendisiplinkan diri dengan rutin ibadah dan memastikan kita tidak meninggalkan nikmat beribadah di bulan yang mulia ini.
Akhir sekali, yang paling penting ialah istiqamah. Tidak kira Ramadan atau bukan Ramadan, kita tetap rajin beribadah. Jangan bermusim dalam ibadah. Ramadan bukanlah bulan penuh dengan adat tetapi ibadah! Justeru, tanamkan dalam hati kita untuk terus istiqamah dalam mengerjakan amal soleh kepada Allah SWT. Terus istiqamah untuk mengimarahkan rumah Allah. InsyaAllah.
Sekian, wassalam.








Oleh: Wira Islam

Editor: cincaugoreng
copy by islamic i luv islam..


http://www.iluvislam.com/


sory la ana copy je ni> untuk di kongsi bersama. ^_^