Dec 31, 2010

Cinta apakah tandanya
Jika engkau hanya mempermudah kata saja
Hati tak akan berguna
Jika sang asmara tidak merasa ke dalam jiwa


Rindu itulah tandanya
Aku kasihmu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Di dalam dadaku yang remaja

Gelora di dalam jiwaku
Bergetar merayukan sukma
Menyanyi lagu cinta hati
Tandaku nan membalas cintamu
Yang tidak mudah hilang dari kenanganku
Yang tidak mudah hilang dari kenanganku

Rindu itulah tandanya
Aku kasihmu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Di dalam dadaku yang remaja

dalang di sebalik virus

semakin maju dunia IT, semakin hebat virus menyerang komputer dan semakin banyak produk pencegah virus dikeluarkan. Pernahkah anda terfikir siapakah dalang di sebalik virus komputer?
Adakah virus datang dengan sendiri?. Di internet terdapat ribuan malah jutaan virus yang boleh menutup sistem anda dan menghancurkan data anda. Antara gejala sistem yang biasa menyerang komputer adalah seperti :
*** Item yang jarang muncul di skrin seperti grafik pelik, mesej yang aneh atau mesej sistem ‘error’.
*** Capaian ke program rosak, cakera keras (Hard Disk) tak boleh baca.
*** Memakan masa yang sangat lama untuk mula program, atau kelajuan capaian program semakin lembab, atau mungkin juga anda tak boleh nak buka program langsung.
Itu adalah sedikit sebanyak gejala virus yang biasa menyerang komputer, jadi hati-hati dengan mesej yang pelik atau yang jarang muncul di skrin komputer anda.
Berbalik kepada tajuk kita iaitu siapa sebenarnya dalang kepada terhasilnya virus-virus yang saban hari telah merosakkan ribuan komputer di seluruh dunia. Baiklah, berikut merupakan antara dalang utama terhasilnya virus :
1) – Hackers, atau penggodam komputer, mereka mempunyai kemahiran untuk mengeksploit sistem komputer tanpa anda sedari. Mereka jugalah antara dalang utama terhasilnya virus komputer.
2) – Graduan, graduan yang dimaksudkan di sini ialah graduan jurusan sains komputer, ada di antara mereka menjadi pengganggur, walaubagaimanapun, mereka ini berkemahiran tinggi dalam ilmu komputer, mungkin akibat terlalu kecewa kerana tidak mempunyai pekerjaan mereka mencipta virus komputer dan menyebarkannya.
3) – Kelab komputer, sebahagian kelab komputer mempunyai anggota yang aktif tentang maklumat bagaimana menulis virus.
4) – Pengganas, kumpulan ini mempunyai pemikiran yang fanatik yang menganggap mereka adalah kumpulan terhebat di negara mereka atau di dunia. Akibat sering diburu pihak berkuasa, mereka telah mencipta virus untuk mengeksploit sistem komputer pihak kerajaan di negara mereka yang seterusnya merebak ke komputer seluruh dunia.
Keempat-empat kumpulan di atas merupakan dalang utama terhasilnya virus, anda pernah dengar nama David Smith? beliau telah dipenjarakan 20 bulan oleh mahkamah Amerika Syarikat atas kesalahan mencipta dan menyebarkan virus komputer yang telah menyebabkan dunia kerugian jutaan US Dollar dengan cara merosakkan rangkaian internet di seluruh dunia.
David Smith - pencipta virus Melissa
David Smith - pencipta virus Melissa
Beliau telah mencipta virus yang dikenali sebagai Virus Melissa, cara beliau menyebarkan virus ialah menerusi emel dengan menghantar dokumen word, apabila pengguna membuka dokumen tersebut, virus melissa akan mengeksploit sistem komputer.
Persoalan yang mungkin terlintas?? mungkin juga pengeluar perisian Anti Virus sendiri yang mencipta virus, kita lihat kini setiap hari akan muncul perisian Anti Virus baru yang kononnya mampu untuk menghalang komputer dari serangan virus, demi mencari keuntungan yang cepat, maka tidak mustahil mereka juga yang mencipta virus dan kemudian menawarkan produk yang mampu menghalang virus tersebut. Sama-sama kita renungkan?!..:-)

khairul fahmi vs safee sali



aduhhhh,.. sekarang ramai dak tergila2 kan 2 org jejaka di atas ni..
tapiiii aku tersangkut kat khairul fahmi la.. bukan sbb dia ensem..sbb 
mmg dia penyelamat dari serangan gol dari indonesia!!.
aku duk depan skali tgk bola ni. dkt rumsis aku. 
pandang belakang.. xsangka lak. ramai yg tgk.
yang xtahan tu.diorg duk jerit2.nak ngis pun ada.mcm2 perasaan.
bila dah jaring gol pertama malaysia tu.yg xkenal tu duk sebelah pun. nak dpeluknya.
fuhhh, bola punya fasalll.. 
(sama la aku).. hahahahah..

anwy, buah hti jtung kekasih hati. syg mayang aku. safee sali laa!!!!!.. hahaha
lelaki idaman eden.
mmmuahhh luv you..(jgn jeles) hahaha

Dec 25, 2010

lalan2 ngan mb

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

last weeks before aku balik ke KUIM tercinta.. lalan2 la with my bestfriends stmi..diorang plan nak jumpa.
aku pun ON je. lagi2 ayah aku sudah bersuara .utk bagi lampu hijau.. aku sudah bebas!!.. asalkan pandai jaga diri.hehe.. anwy if keluar ngan kawan perempuan sekalipun.. setiap  berapa minit ..ayah aku akan call
untuk tahu di mana aku.. tapi sejak2 hujung 20an ni..:P  kurang pulak call.. jd pelik rasanya. dan tertanya.. hihihi.. alhamdulillah.. kami hanya berjalan2 je di watex. pastu berkarok.. hekhek.. sebenarnya.
time frm 6. geng aku ni . rajin g karoke. kMart, giant, bintang apath .. semua dah jejak...
haha. agak nakal jgk... yg penting. setiap kali aku pergi mana.. aku memang akan bagithu mak ayah aku. 
dah jadi kebiasaan ..sampai laa ni... 

                                                  ni kira sambut brday kitaorg berempat.fulun makan hbis2.
semua 65hingittt.. kat chickn rice shop..
time jalan2.. n berkaroke..

mybestfriends at Stmi school

syeikha-upsi 
safeeka-upsi
maizaitunaini-ukm

semoga persahabat terus kekal abadi..

ehem2.. bestfriends aku kat felcra tu. jangan jeles... hahaha..

p/s: alhamdulillah. capai target. walau xdpt dekan. next sem .. hope,i can do the best. amin ya robal

22 sifat buruk bangsa yahudi dalam Al-quran




Dalam Al-Quran disebutkan antara - antara sifat buruk bangsa Yahudi, iaitu :


1. Keras hati dan dzalim (Al-Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)

2. Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah SWT (Ali Imran:110; An-Nisa:55)

3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)

4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An'am:20)

5. Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran (Al-Baqarah:75,91,101,140,145,211; Ali Imron:71,78; An-Nisa:46; Al-Maidah:41)

6. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146; Ali Imron:71)

7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah:87,101,120,146; Al-Maidah:41)

8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran AlQuran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imron:70)

9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)

10. Mencampur adukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)

11. Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada di belakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)

12. Hati meraka sudah tertutup akan Islam karena dilaknat oleh Allah SWT yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah:88,120,145,146)

13. Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahwa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan menyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah:94,111,113,120,135,145; Al-Maidah:18)

14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa:53)

15. Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:90,105,109,120)

16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah:90,95,96,212)

17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah:100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)

18. Berlindung di balik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah:204,246; Ali Imron:72; An-Nisa:46)

19. Mengada-ada perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran:24,94,183,184; Al-Maidah:41)

20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:206,212,247)

21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)

22. Selalu melakukan kerusakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)

Kesembuhan itu milik Allah

Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah. Kata-kata yang telah dijadikan perangsang bagi memotivasikan diri sendiri dan insan lain yang sedang sakit dalam menghadapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Begitulah antara ujian kecil berupa penyakit yang dihidapi oleh kebanyakan insan yang telah dipilih oleh Allah sebagai bukti kasih sayang-Nya, kafarah dosa dari-Nya, dan peningkatan darjat hambaNya.

Sesungguhnya penyakit yang diturunkan oleh Allah ini banyak menguji ketahanan fizikal dan mental, kerana tempoh tersebut merupakan titik tolak ke arah kesedaran bahawa kematian akan mengejar kita bila-bila masa sama ada bersedia atau tidak.

"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." [al-Nisaa' 4:78]

Mengingati saat menziarahi jenazah suami kepada seorang sahabat yang meninggal dunia secara tiba-tiba tahun lepas telah banyak mengubah paradigma tentang kematian itu sendiri. Sama ada kita bersedia atau tidak, bertaubat atau belum bertaubat, ajal itu pasti akan datang, cuma waktu dan ketikanya sahaja tidak diketahui. Cuma persoalannya, adakah kita telah bersedia dengan bekalan-bekalan yang disediakan? Adakah cukup bekalan yang disediakan? Bagaimanakah keadaan kita semasa dalam alam kubur? Bernasib baik atau sebaliknya?

Hal ini sedikit sebanyak telah menghantui diri sendiri sehingga telah mewujudkan suatu ketakutan yang luar biasa dalam diri. Hal ini ditambah pula dengan penyakit yang dialami yang masih tidak sembuh-sembuh, telah meningkatkan lagi tahap ketakutan dan pada masa yang sama telah mewujudkan satu situasi yang tegang dalam emosi, fikiran serta memberi tekanan kepada diri sendiri.

Namun begitu, ketahanan mental dan fizikal berteraskan ayat-ayat Allah telah berjaya mengatasi masalah tekanan tersebut sehingga dapat kembali mewujudkan satu senario yang aman dan tenang hingga kembali semula kepada keadaan asal. Mengingati mati dapat melembutkan hati, tetapi apabila mengingati kematian itu secara negatif, hal ini akan dapat memberikan kesan negatif kepada diri sendiri.

Apabila kita bergantung sepenuhnya kepada Allah, menyerahkan segala-segalanya kepada Dia, berdoa bersungguh-sungguhnya kepada-Nya, Sesungguhnya Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, akan mengabulkan dan memperkenankan doa kita. Berusaha, berdoa,berserah, bertawakal itulah tanda pergantungan seorang hamba kepada Tuhannya.

"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah, 2:153]

Segala masalah penyakit, rujuklah kepada Allah. Daripada-Nya datang segala kebaikan, dan kejahatan juga tidak berlaku dengan izin Allah. Kita perlu berikhtiar, berusaha dan doa-doa kita yang dimakbulkan dan ada juga yang Allah tangguhkan tetapi semuanya perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas.

Kuasa penyembuhan semuanya dari Allah. Kita sebagai hamba-Nya perlu redha dengan apa yang ditetapkan kerana setiap apa yang diturunkan kepada kita adalah ujian, sama ada kita dapat redha menerima atau tidak, semuanya untuk meningkatkan darjat kita di samping membersihkan dosa-dosa yang dilakukan.

Tidakkah semua ini adalah rezeki dari Allah, dimana Dia sering memberi perhatian kepada kita, tidakkah ini akan membuatkan kita sentiasa ingat pada-Nya? Anggaplah suatu penyakit itu sesuatu yang positif kerana jika kita redha dengan suatu ujian, Allah akan melipat gandakan pahala kita.Semoga anda semua cepat sembuh begitu juga diriku ini.

Adalah diharapkan artikel ini dapat membawa manfaat kepada semua dan marilah kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Kelalaian dan kelekaan terhadap duniawi pasti mewujudkan satu jurang yang besar dalam diri kita sendiri dengan Allah.Semoga artikel ini akan menjadi saksi bagi diriku di akhirat kelak sebagai salah satu medium untuk berdakwah kepada pembaca semua.

Redhalah dengan ujian yang kecil ini kerana ujian itu adalah hadiah dan cinta dari Allah. Bersabarlah dengan penyakit yang menimpa ini dan yakin akan sembuh kerana sesungguhnya kesembuhan itu milik-Nya, tiada apa yang kita cari melainkan dalam kembara hidup ini selain memburu cinta dan rindu-Nya.

Ungkapan syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana penyakit yang ditimpakan kepada diriku tidaklah sehebat penyakit kritikal yang dihidapi oleh insan lain, walaupun kecil, penyakit ini tetap memberi kesan yang kuat terhadap sistem ketahanan fizikal disamping memberi tekanan yang hebat terhadap mentalku. Aku bersyukur aku masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udaranya yang segar ini. Berusaha, berdoa dan bertawakal itulah kekuatan sebenarnya dalam penyembuhan penyakit ini. Yakin dan positiflah dengan ujian penyakit yang diturunkan kepada kita.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." [Al-Ankabut, 29:2-3]

Akhir kata, jadikan ayat-ayat Allah sebagai peransang dalam meningkatkan motivasi dalaman kita dalam membentuk keperibadian soleh dan solehah.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." [Al-Imran, 3:139]

Sesungguhnya Dialah yang mencipta perasaan cinta dan rindu itu. Semoga Dia yang sangat kita cintai dan kita rindui akan tetap terpahat kukuh dalam jiwa dan sanubari kita. Wallahua'lam.

Dec 10, 2010

Menangis


Menangis

Kadangkala, ‘pemujuk’ itu sudah wujud di dalam diri kita. Saya jumpa satu ‘pemujuk’ yang menyeronokkan.
Itulah dia satu makhluk bernama tangisan.

Ya. Menangis. Menangislah. Menangis puas-puas. Lepaskan segalanya.

Hakikatnya, menangis itu sendiri satu pujukan untuk diri. Kita lepaskan bebanan itu dalam bentuk air ibarat membuka empangan yang menahan air.

Tetapi jangan menangis seperti orang biasa. Kita orang beriman adalah manusia luar biasa. Menangislah sambil berfikir. Berfikir akan masalah yang sedang dihadapi, ujian yang sedang ditanggungi. Jika ada apa-apa masalah yang tersimpan di dalam hati, keluarkan semuanya di dalam tangisan yang sedang mengalir.

Biar kita menangis untuk melapangkan jiwa. Bukan tangis kita tangis yang menambah kelemahan. Di samping air mata yang mengalir itu, ambil peluang ini untuk rasa kerdil di hadapan Allah SWT. Rasakan air mata yang tumpah itu, adalah satu bentuk kerendahan kita betapa kita ini manusia dan tak mampu nak tangani ujian ini. Air mata, itu adalah bukti kelemahan kita di hadapan Allah.

Moga-moga dengan terhapusnya ego kita, Allah mendamaikan jiwa, melapangkan hati, dan memberikan kita ketenangan dan jalan keluar kepada masalah kita.

“…kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk); Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.”  Surah Al-Israa’ ayat 107-109.

Nanti apabila air mata kita telah berhenti, kita akan rasa satu kelapangan yang besar.

InsyaAllah, ketika itu kita sudah sedikit tenang dan mula kembali menyusun strategi untuk menyelesaikan masalah kita.


alololo... jgn nangis dek... tian dia..


Dec 8, 2010

kembali pulang


"lagi seminggu nak kembali ke kolej tercinta. hahax
miss u friends..aku harap sem 2 ini memberi banyak cabaran dan pengalaman menarik.
i like psikologi"

Bidadari

Bidadari..Bidadari...

Temanilah resahku

Bidadari..Bidadari..

Tenangkan-lah Jiwaku

Sumpah Setia

Hidup Mati
Selamanya
Kerna Kau Isteriku
Isteriku Tercinta
Pelengkap Rusuk Diriku

Bidadari..Bidadari..

Jadilah pendampingku

Bidadari..Bidadari..

Jadilah sang setia

Kerna Cinta

Cinta Suci
Ertinya Tidak Pernah Sepi
Sepi daripada
Cubaan yang tak terduga

Kau Umpama Bintang Utara

Penunjuk Jalan yang terang
Kau beri harapan
Saat ku jatuh bangun semula

Kau Berikan Sakti Cintamu

Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita
Cinta Abadi HANYA di Syurga

p/s:indah lirik dan lagu ini.. aku suka sangat..



GURAUAN HUKUM & MAKSIAT SAMBIL BERTUDUNG, LEBIH BESAR DOSA


"Tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan, cuma kami pandang lama je la ?" tanya seorang pemuda berumur 35 tahun kepada saya sambil tersenyum-senyum selepas dia merenung wanita berskirt di hadapannya.

Ia adalah satu perkara yang amat menyedihkan, ia sebenarnya hasil dari sikap sebahagian umat Islam hari ini mengambil ringan tentang hukum Islam. Ia menjadi lebih bahaya apabila disebabkan kejahilannya menjadikan hukum sebagai bahan gurauan.

Berkenaan larangan melihat kali kedua kepada aurat ini diriwayat dalam beberapa buah hadith, antaranya hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya.

Demikian juga kata Baginda SAW kepada Ali KW :

لا تتبع النظرة النظرة , فإنما لك الأولى وليست لك الآخرة

Ertinya : "Jangan kamu ikuti satu pandangan dengan pandangan yang lain, kerana yang pertama bagimu ( diampunkan) dan tidak bagi yang kedua" ( Riwayat Ahmad, Abu Daud, Albani : Hasan)

ARTIS & LAWAK HUKUM

Lebih teruk lagi terdapat artis Malaysia yang sanggup menggunakan lafaz-lafaz Islam seperti ‘MashaAllah' dan ‘InshaAllah' serta ‘Allahu Akbar' dalam lakonan lawak mereka sambil sengaja disebut dalam bentuk yang melucukan. Ini amat jelas memperlawakkan lafaz mulia Islam, ia amat kerap dilakukan oleh satu kumpulan pelawak Malaysia yang terkenal. Moga mereka diberikan hidayah oleh Allah SWT.

Demikian juga dengan ucapan alhamdulillah bagi seorang artis yang berpakaian separuh bogel dikhalayak umum apabila berjaya meraih sesuatu anugerah di media. Atas nama seni dirasakan tindakannya halal. Pada hakikatnya jika lakonannya itu penuh dengan adegan ‘peluk sana sini' dan ‘dedah sana sini', maka di ketika itu ia bukanlah lagi sebuah seni mulia yang diiktiraf Islam. Ia adalah seni ‘fasad' yang berdosa dan tidak layak diraikan dengan ungkapan mulia Islam.

Ketika itu, kemenangan mereka di atas pentas dan melafazkan ucapan sedemikian adalah satu bentuk mempermainkan hukum dan lafaz Islam di tempat yang tidak sewajarnya. Seolah-olah seorang yang ingin merompak membaca 'Bismilah' ketika memulakan rompakannya dan mengucapkan ‘Alhamdulillah' apabila berjaya terlepas dari kejaran polis, atau menyebut ‘Alhamdulillah' di dalam tandas, atau seperti seorang peminum arak mengucapkan "alhamdulillah" apabila menyelesaikan minumannya.

Menurut kaedahnya, semua ini menambahkan lagi dosa si pelaku terbabit disebabkan wujud unsur penghinaan samada secara langsung atau tidak langsung kepada hukum serta lafaz mulia Islam. Walaupun mereka tidak langsung berniat untuk menghina lafaz mulia itu.

Apabila ia adalah sebuah hukum atau ucapan zikrullah, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan atau menyebutnya di tempat yang tidak sewajarnya. Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari dengan Fathul Bari, Bab Hifdz Lisan, 11/376 , no 6477)

Imam Ibn Hajar Al-Asqolani menegaskan bahawa erti hadith ini adalah seorang yang bercakap tanpa jelas maksud ayatnya sehingga menjadikan ia boleh membawa maksud yang pelbagai sehingga sebahagiannya boleh mencarikkan sesuatu hukum. (Fath Al-Bari, 11/376)

HINA ISLAM, BERTUDUNG & MAKSIAT

"Amat memalukan la ustaz, saya baru jumpa satu video yang tunjukkan pasangan melayu ditangkap di tasik-tasik dan tempat awam tengah bercumbuan, apa pandangan ustaz, hampir 95 % darinya bertudung jenis tak sempurna tu ustaz, ustaz tau tak?" tanya seorang pendengar kuliah saya sejurus selepas kuliah saya berkenaan aurat.

Kemudian selang beberapa hari, pemuda ini menghantar email kepada saya beserta satu petikan video yang dimaksudkan. La Hawla Wala Quwwata Illa Billah..wa Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun..memang amat mendukacitakan.

Pemuda itu juga menulis seperti 'kepeningan' dan 'kebingungan' dengan persekitaran ini dengan katanya

"Boleh tak agaknya saya buat kesimpulan bahawa hampir semua wanita yang bertudung pendek atau fesyen, dengan kain belah atau baju sempit atau baju kurung biasa, semua ni jenis yang 'murah' dan boleh diajak seks bebas dengan mudah hari ni, apa pandangan ustaz?" Mengurut dada saya mendengar kesimpulan pemuda berpakaian kemas dan bekerjaya profesional ini. Sudah tentu amat marah para wanita dengan kesimpulan si pemuda ini.

"Saya hanya masih percaya dengan wanita yang berjubah dan bertudung labuh sahaja sekarang ini ustaz, harapnya mereka dapat pertahan maruah dan kesucian mereka serta tak jadi macam si pemakai tudung pendek yang terbukti tiada banyak beza dengan free hair" katanya lagi dengan tegas.

Selepas pemuda ini mengutarakan pendiriannya barulah saya memberikan penjelasan panjang lebar. Bagaimanapun saya belum berhasrat menyebutnya di ruangan ini, cukuplah saya dedahkan betapa kecewanya pemuda profesional ini dengan apa yang berlaku di hadapan matanya.


KESIMPULAN


Kesimpulannya, wahai wanita bertudung kembalikan maruah anda dengan tutupan aurat yang sebenarnya, akhlak wanita Islam yang sebenarnya, janganlah merosakkan imej Islam itu dengan maksiat yang amat dimurkai Allah SWT. Sesungguhnya kenikmatan duniawi amat amat sementara, carilah kenikmatan akhirat yang kekal abadi.

Dari sudut hukum pula, hal wanita bertudung yang melakukan maksiat, dosanya sudah tentu lebih hebat dari wanita lain. Namun INI TIDAK SAMA SEKALI BERMAKNA WANITA ITU LEBIH BAIK MELAKUKAN MAKSIAT DENGAN MEMBUKA TUDUNG, KERANA MEMBUKA TUDUNG ITU SENDIRI ADALAH SATU DOSA BESAR YANG BERASINGAN DENGAN MAKSIAT YANG DILAKUKANNYA. Hal gandaan dosa ini boleh difahami dari ayat seperti :-

يَا نِسَاء النَّبِيِّ مَن يَأْتِ مِنكُنَّ بِفَاحِشَةٍ مُّبَيِّنَةٍ يُضَاعَفْ لَهَا الْعَذَابُ ضِعْفَيْنِ وَكَانَ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرًا

Ertinya : Hai istri-istri Nabi, siapa-siapa di antaramu yang mengerjakan perbuatan keji yang nyata, niscaya akan dilipat gandakan siksaan kepada mereka dua kali lipat. Dan adalah yang demikian itu mudah bagi Allah. ( Al-Ahzab : 30 )

Memang benar ayat ini ditujukan khas buat isteri-isteri Nabi SAW disebabkan kemulian dan kedudukan mereka yang sangat mulia, bagaimanapun ayat ini sebenarnya menggariskan bahawa setiap kali bergandanya kemuliaan, maka bergandalah dosanya (jika melakukan maksiat), demikian hukuman ke atas wanita bebas lebih berat dari wanita hamba sahaya di zaman silam. Dikatakan sebabnya adalah kerana bertambahnya mudarat dan penghinaan kepada Nabi SAW (Al-Jami' Li Ahkam AL-Quran ; AL-Qurtubi, 14/ 114 dengan sedikit pindaan )

Demikian jualah bagi wanita bertudung yang telah menaik tarafkan kedudukannya dengan kemuliaan Islam, tetapi kemudiannya melakukan maksiat. Maka jika bersandarkan kaedah di atas, jelaslah dosa mereka bertambah besar kerana maksiat itu sendiri dan merosakkan imej Islam secara jelas. Bertawbatlah. Demikian juga halnya maksiat (termasuk pelaburan internet yang disepakati haram secara sepakat ulama dunia dan Malaysia) yang dilakukan oleh seorang ustaz yang jauh lebih besar dosanya dari dosa oleh lelaki biasa di sebabkan imej dan kedudukan yang dibawanya.

Fikir-fikirkan dengan iman wahai sahabat sekalian.

Sekian,

Ust Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

http://www.zaharuddin.net/content/view/459/99/

Positif hadapi kritikan


Bergelar seseorang manusia,kita tidak dapat lari daripada menerima kritikakan sama ada positif atau negatif,dicaci dan dihina oleh insan lain.Mungkin kritikan yang positif diberikan kerana niat baik menegur diri untuk membaiki dan juga memberi nasihat kepda diri ini atau seseorang tidak selesa dengan sikap kita.Sebagai manusia biasa tidak lepas melakukan kesalahan dan kesilapan secara sengaja atau tidak sengaja. Oleh itu, manusia lain mampu menjadi cermin buat kita.Seharusnya kita bersangka baik kepada orang yang memberi kritikan kerana tanpa kirtikan yang membina mungkin kita tak mampu melihat kelemahan dan kekurangan dalam diri kita.Bagi manusia yang suka mencerca dan menghina sebenarnya mereka tidak merasa puas hati terhadap kelebihan orang lain.Dalam erti lain,orang yang menghina dan mencerca orang lain sebenarnya telah menghina diri sendiri dan menimbulkan persepsi negatif orang yang mendengarnya

Namun,sebagai manusia kita dikurniakan akal untuk mengimbangi dan menilainya secara positif dan tidak mengambil berat atau terlalu fokus apa yang dikatakan orang lain terhadap kita,kerana kita tidak mampu menuntup mulut manusia daripada bercakap.Mari kita lihat dari sudut yang lebih dalam jika manusia biasa di caci,di hina dengan kata-kata sedangkan Allah Yang Maha Pencipta,Maha hebat,Maha Pengasih pun dicerca orang yang tidak berakal inikan kita hanya manusia.

Di dalam meniti arus kehidupan ini kita akan melihat pelbagai kerenah dan ragam manusia.Kebanyakkan manusia lebih suka mencari kesalahan dan kesilapan orang lain tanpa menilai diri sendiri iaitu mencermin pada diri sendiri.Jika manusia sebegini yang suka mencari kesalahan dan kesilapan orang tetapi tidak mencerminkan dirinya orangnya mungkin sukar menerima kritikan.Oleh itu,dalam kehidupan kita selalu memberi,memperbaiki,mempengaruhi serta berusaha bagun setelah jatuh dan dalam usaha kita untuk bagun dengan semangat baru mungkin kita tidak terlepas menghadapi segala kritikan yang sinis,pedas dan menyakitkan.Mungkin juga tidak mustahil seseorang itu akan dihina tanpa henti sehinggalah kematian menjemput diri ini kerana manusia atau masyarakat lebih kuat mengingati kejahatan atau keburukkan daripada kebaikan yang pernah dilakukan.Kritikan juga adakalanya mampu membina semangat atau juga menjatuhkan sesorang dan menjadikan kita kuat .Namun, semuanya terletak pada diri kita untuk menilai dan menerimanya.

Ingatlah,orang yang duduk di atas tanah tidak akan jatuh.Mereka mungkin marah,sakit hati dan benci dengan kebaikan,ilmu,harta dan kejayaan kita.Jadi berwaspadalah apa yang mereka katakan.Kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan negatif dan cemuhan.Jika hati kita terasa terusik,ini bererti kita telah membenarkan atau mengiyakan keinginan mereka untuk mengotori hidup kita.Cara yang terbaik yang kita boleh lakukan ialah dengan terus menunjukan akhlak yang baik.Usah merasa tertekan terhadap usaha untuk menjatuhkan kita.Ini kerana setiap kritikan yang negatif itu hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk kita.Berdiam diri itu lebih baik untuk memadamkan api yang sedang marak.


Katakanlah (wahai Muhammad):Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu.” (Ali-Imran :119)

Dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan kesenangan kepada mereka dan limpah kurnian-Nya.” (At-Taubah:74)


Sebaliknya,jika kritikan itu adalah mempunyai asas kebenaranya dan bersifat positif perlulah kita menerima dengan hati terbuka.Sesungguhnya masih anda insan lain yang sudi memberi kritikan positif buat anda.Cuba cari kebenaranya yang di katakan adakah kita seperti yang dimaksudkan? Jika “ya” anda perlu melakukan perubahan dan memperbaiki diri anda.

Oleh itu,lihatlah kritikan dalam sudut yang positif dalam mata hati kita...semoga kita dapat menjadi orang yang optimis dan mampu menjadi terbaik walaupun saat digugat oleh kritikan,cemuhan dan celaan orang lain

hamba sembah hamba?

Bismillahirrahmaanirrahim

Hamba sembah hamba…anda bisa melihat ramai golongan manusia yang menyembah hamba ataupun makhluk, mereka tidak menyembah Allah SWT yang mencipta sekalian makhluk.
Mari kita menyoroti sejarah…sirah Rasulullah SAW, bagaimana gelapnya kehidupan zaman jahiliyyah, kehidupan yang jauh dari sistem manusia yang sihat dan bertamadun, kejumudan dan keterbatasan mereka kerana yang berkuasa dan kaya berkuasa keatas yang lemah dan dhaif.

Masyarakat jahilyyah tidak mampu mengembangkan produktiviti, otak mereka dibataskan oleh golongan berkuasa, oleh kerana kelemahan dan kedhaifan masyarakat ketika itu mengakibatkan kehidupan adalah untuk terus hidup bukan menambah nilai ataupun maruah diri.

Yang lemah terus menyembah dan taat kepada yang berkuasa untuk terus hidup.
Sehinggalah kemuculan ISLAM, jika sebelum itu masyarakat terpaksa taat dan patuh kepada golongan yang berkuasa (menyembah mereka) demi meneruskan hidup, kini mereka di muliakan dengan Ad Din, dari sembahan “hamba kepada hamba” kepada sembahan “Allah pencipta segala hamba-hamba”, tiada beza diantara kita kecuali iman dan taqwa.

Islam telah membetulkan konsep pemikiran umat manusia, jika sebelum kemunculannya perspektif masyarakat kepada wanita adalah pembawa bala ataupun sial, kini para wanita bersyukur dengan kedatangan Islam, mereka dipandang mulia, darjatnya diangkat sepertimana di sebut di dalam al Quran dan Sunnah Nabawiah.

Begitulah cantiknya sebuah agama yang menepati fitrah, agama yang menjaga setiap sudut maslahah manusia, keamanan manusia, keadilan kepada semua pihak, yang tidak mempunyai cacat cela pada sistemnya, seperti ideologi-ideolgi ciptaan manusia yang mana akhirnya hancur kerana tidak lagi menepati zaman dan maslahah manusia, inilah agama yang datang dari Allah SWT.
Kita akan mulia bila kembali kepada sembahan hamba kepada Allah SWT, kerana Allah SWT maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya, manusia akan hina dan tercela, bila mereka menyembah makhluk, apabila mentaati sistem rekaan manusia, patuh dan taat kepada makhluk demi meneruskan hidup, tidak lagi merasa kebergantungan hidup dari Allah SWT yang maha pencipta.

Selagi umat ini tidak sedar dari terus bergantung kepada makhluk kepada bergantung kepada Allah SWT, mereka akan terus hina dan dina, lihat sahaja negara-negara umat Islam, berapa buah negara yang mampu berdiri dengan kaki mereka sendiri tanpa bergantung kepada kuasa besar? negara mereka diserang dan diperlukan seperti binatang…
semuanya kerana meninggalkan Ad Din ini, akibat ketidak percayaan lagi kepada ad Din sebagai jalan hidup.
Umat ini harus melakukan satu revolusi jika mahu membaiki nilai hidup dari kehinaan kepada kemuliaan, hanya SATU jalan, iaitu kembali berpegang kepada ad Din (al Quran dan Sunnah), mengambil semua sistem dan ajarannya sebagai satu manhaj hidup.

Percayalah selagi sembahan “hamba kepada hamba” manusia akan terus hina sehinggalah mereka kembali kepada sembahan “hamba kepada Sang Pencipta”.
Wallahu Ta’ala A’lam.

sakit hati

"aku dah malas nak masuk blog sorg hamba ni!!.. semakin hari semakin menyakitkan hati..
aku tak tahu nape.. yg penting skrg sape sombong pada sape.. 
sape yg lupakan sape..sentiasa mykitkan hati aku."

salam Maal hijrah





SALAM ,
MAAL HIJRAH untuk pembaca blogku

ok, setiap kali tahun baru. mahupun maal hijrah ni... kita akan terbiasa dengar soalan ni

"wei, apa azam baru ko ek?"

ok..azam baru?.. ermmm, xsemestinya maal hijrah or tahun baru. kita mula sibuk memikirkan........

"apa azam baru aku?"

sebenarnya, kita boleh je kot letakkan azam baru pada setiap hari apabila kita tersedar dri tidur..
cara aku.. sebelum tidur aku maafkan semua orang yang menyakitkan hati aku atau sengaja menyingungkan perasaan aku dan sekutu dengannya la.
.so, bila bangun.. stel masalah. btpe duk pendam ,sakit hati. 
penat jer otak!!. cara aku... ko nak kawan ngan aku.. kawan la.. kalau nak lupakan aku lak..lupa cepat2!! yg penting bukan aku yg lupakan ko..

n kalo nak kawan ngan aku jangan hipokrik sudax.. nak berahsia itu ini ke. pembohong.
manis dbibir .. sdap jari mnaip ..em buang la angan2 nak kenal aku..

nak tahu ke azam baru aku?

xpayah la tahu.. bila dah tertunai nanti.. aku akan ceritakan .terima kasih membaca =)


Dec 7, 2010

hapy berday jeff





dalam 4 orang jejaka di atas ni siapa yang paling hensem?... hehehe... ofcouse la .... rahsia.. haha
jeff!! seorang kawan yang sgt2 baik dan begitu mgingati kwnnya... tapi rasa teruk pulak. aku jarang ingat dia.dia yang selalu duk tego aku.. huhu..yea!!.. dia sentiasa mengikut perkembangan ku...dan mengenali aku..dari cerpen ku...sampai ke indon cerpen aku yg hodoh tu.. haha.. ok dia sekarng mghabiskan masa di hospital apa tah.. tgk??.. betapa pelupa ye aku.... bila dpt contact ja dia balik... aku akan bertanya soalan yg mgkin dia penat nak jawab dah.... aku lupa tmpat stdy dia..yg aku tau kat indon. apa tah nama universitas tu. tp dia bakal doktor..otwy amik master... ada masa free jer. dia msti akan berbalas messge kat fb aku ni...
time berday aku pun.. dia siap bg video berday khas.. so sweet... rindu pulak kat dia.. haha...
ok... so, kesempatan ini..aku nak ucapkan

YANG KE 21 Tahun
 di lahirkan pada 1 dec 1989

semoga panjang umur jeff..n dmurahkn rezeki.
(nak wat kek betul2 ..jeff kena dtg johor la yep)
hehe.. seorang jejaka cina yang sangat rapat dengan kawan2 yg berbgsa melayu.
so, uall dah dpt tau.. siapa jeff kan..
ok jeff.!! gdlucks.. miss you la.. 


p/s : tahun ni, aku adalah kwn yg paling teruk utk shbt2 ku. sbab aku lgsung tidak teringt berday kwn2.mahupun sahabat karib.. yg terlampau rapat!!.. sampai aku sgaja pura2.ckp ngan diorg yg aku tidak lupa.
huhu.. sory la beb,. 

"Kekuatan Solat Tahajjud Membina Hubungan Dengan Allah"

Sahabat yang dirahmati Allah,



Sebagai seorang Mukmin, hidup kita hendaklah sentiasa mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Sentiasa melaksanakan apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang oleh-Nya. Semua bentuk ibadah samaada yang wajib atau pun sunat semuanya akan difokuskan untuk melahirkan jiwa hamba, tunduk dan patuh dan menyerahkan diri sepenuhnya tanpa banyak bicara.

Solat satu ibadah khusus solat sunat yang amat dituntut untuk dikerjakan oleh seorang Mukmin adalah solat tahajjud. Kekuatan solat tahajjud adalah dapat membina hubungan hati dengan Allah s.w.t.

“Tahajjud” bermaksud bangun dari tidur pada waktu tengah malam. Solat tahajjud boleh dikerjakan di permulaan, pertengahan atau penghabisan malam, asalkan sesudah menunaikan solat Isyak. Akan tetapi sebaik-baik waktu melakukannya ialah sepertiga malam yang terakhir. Sekurang-kurangnya solat tahajjud dikerjakan dua rekaat.

Sungguh Nabi s.a.w. solat malam hingga kedua tapak kakinya merekah. Dalam satu riwayat Aishah berkata kepada Nabi s.a.w.: “Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, padahal Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang.” Baginda bersabda: “Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?”

(Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari)

Sekarang kita bandingkan amalan Rasulullah s.a.w. ini dengan diri kita sendiri yang bergelumang dengan dosa dan amat kurang sekali melakukan ibadah kepada Allah s.w.t. untung nasib belum dipastikan samada Syurga atau Neraka. Kenapa kita tidak mahu bersungguh-sungguh dalam melaksanakan solat tahajjud ini? Adakah kita menganggap diri kita sebanding atau lebih baik daripada Rasulullah s.a.w.?


Firman Allah s.w.t maksudnya :

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”.

(Surah al-Israa’ ayat 79)



“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”. (Surah al-Dzaariyaat ayat15-18)



Memang benar solat Tahajjud ini hanyalah solat sunat tetapi ianya adalah solat sunat mu’akkad (yang di tuntut). Sekiranya junjungan besar kita Rasulullah s.a.w. begitu bersungguh-sungguh memastikan ibadah ini dilaksanakan sehingga bengkak-bengkak kakinya kenapa kita masih berat hati untuk melakukannya. Apatah lagi solat tahajjud ini merupakan solat yang paling utama sesudah solat fardhu.



Sahabat yang dimuliakan,

Dalam sebuah hadis dari Bilal r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kamu qiamul lail (solat malam), kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa, dan menutupi dosaatau kejahatan-kejahatan dan mengusir penyakit dari badan.”

( Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi.)


Dari Sayidina Umar Ibnu Khattab, dari Nabi s.a.w bersabda maksudnya : “Sesiapa yang mengerjakan solat di waktu malam (tahajjud) serta membaguskan solatnya, Allah akan memberikan dia kemuliaan sembilan macam. Lima macam di dunia, dan empat macam di akhirat.


“Yang lima macam di dunia, ialah :


1. Allah akan memeliharanya dari segala macam bahaya.

2. Ditunjukkan tanda-tanda sebagai orang yang taat pada mukanya.

3. Ia akan dicintai di hati orang-orang mukmin dan segenap hati manusia umumnya dan

4. Pembicaraannya berisi hikmat ,

5. Dijadikan dia orang bijaksana, yakni dia dikurnai fikiran cerdas.



“Yang empat macam di akhirat nanti, ialah :



1. Dibangkitkan dia dari kubur, wajahnya putih bercahaya,

2. Akan dimudahkan dia waktu dihisab,

3. Ia akan melintas di atas shirat (titian) seperti kilat, dan

4. Diberikan buku amalannya di tangan kanannya di hari kiamat."



Sahabat yang dihormati,



Dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah bersabda maksudnya : “Rabb kita turun ke langit dunia pada setiap malam yaitu ketika sepertiga malam terakhir. Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan, siapa yang meminta kepada-Ku, maka akan Aku berikan, dan siapa yang yang memohon ampun kepadaKu, maka akan Aku ampuni”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Oleh itu marilah sama-sama kita perbaiki amal kita dengan mengerjakan solat tahajjud, berdo'a dan bermunajat kepada Allah s.w.t. pada waktu seperiga malam akhir (dari jam 2 pagi -5 pagi). Kerana ketika ini do'a kita dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Ketika hati dan fikiran kita tenang, sunyi dari kesibukan dunia maka ketika saat inilah jika kita bermunajat hingga menitiskan air mata penyesalan dan memohon ampun kepada Allah s.w.t. maka akan mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t. di hari akhirat nanti. Jangan sia-siakan masa dan umur kita dan buatlah sesuatu amalan yang boleh memberi kekuatan dalam membina hubungan kita dengan Allah s.w.t.