Dec 24, 2014

Pesta Lampu Putrajaya

Assalamualaikum,
Tempoh hari pergi ke pesta lampu putrajaya. Fristime pergi ni, sangat menarik perhatian.Tapi yang paling kelakar aku dengan cousin aku silap park haha. duk belama kat depan masjid putrajaya . tak tau pulak rupanya pesta lampu ni buat kat masjid besi. haha. aduduii. menunggu punya tunggu kitaorang call cousin kitaorang yang duk putrajaya. and then dia bagitahu tempatnya dekat dengan bangunan kehakiman dan masjid besi. huh sampai kul 8 jugak la tunggu kat situ.

seriuslah,tapi nasib baik dapat jugak parking kan. and ini hasil gambar2 malam tersebut. hehe ^_^



Tahniah Dr Fatinliyana & Dr Anwarfazal

Alhamdulillah
Akhirnya Dr fatin liyana & Dr Anwar fazal sudah pun bertunang. Inilah yang di namakan jodoh. Setiap kali nak baca blog aku selalu menerjah blog Dr Fatin Liyana ni sebab suka baca blog dia yang santai .Bila on twitter mesti aku akan cari Dr Anwar fazal sbb nak retweet ayat-ayatnya yang best. Bila aku dapat tahu Dr Fatin & Dr Anwar ni akan terbitkan buku diognasis 2 .Aku seperti berangan2 sesuai juga Dr fatin dengan Dr Anwar ni sama pandai, sama2 berilmu dan sama padan! Hehe,.
Tahniah  dan selamat bertunang buat Dr Fatin & Dr Anwar



Sejarah Perkembangan NLP


NLP bermula pada awal 1970-an ketika dua orang yang bernama John Grinder, iaitu seorang Assistant Professor di University of California yang terletak di Santa Cruz; serta Richard Bandler, yang merupakan pelajar psikologi di universiti tersebut. Mereka berdua sungguh tertarik dengan persoalan tentang apakah faktor yang menyebabkan seseorang itu cemerlang, dan boleh mengulangi kecemerlangan itu bila-bila masa yang dikehendaki. Pemerhatian mereka mendapati, individu yang mereka kaji menunjukkan bahawa setiap daripada mereka mempamerkan corak tingkah laku dan gaya fikir yang tersendiri. Rumusan ini akhirnya membina prinsip-prinsip asas dalam NLP.

Pada asalnya, mereka mengkaji beberapa hasil kerja tokoh ahli terapi yang terkenal pada waktu itu, iaitu Fritz Perls, seorang ahli psikoterapi yang inovatif, yang juga telah mengasaskan teknik terapi yang meluas yang dinamakan sebagai Gestalt. Bandler dan Grinder juga mengkaji hasil kerja Milton Erickson, iaitu seorang ahli hipnoterapi yang dikenali di seluruh dunia. Seorang lagi tokoh yang dikaji ialah Virginia Satir, seorang ahli terapi keluarga yang telah banyak menyelesaikan krisis rumahtangga yang dikendalikannya.

“NLP maybe the most powerful vehicle for change in existence.” -Modern Psychology Magazine

Bandler dan Grinder tidaklah berniat untuk mewujudkan satu teknik baru. Mereka hanya kagum dengan kejayaan proses-proses ‘pengubahsuaian psikologi’ yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tersebut. Contohnya, seorang perokok tegar boleh berhenti merokok selepas beberapa sessi terapi, seorang yang pemabuk dan pemarah menjadi seorang suami yang penyantun. Begitu juga dengan kes orang yang menghadapi tekanan perasaan melampau, dan boleh bertukar menjadi seorang yang ceria positif.
Mereka berusaha mengenalpasti corak dan kaedah yang digunapakai oleh tokoh-tokoh tersebut, dan membandingkan antara satu sama lain. Akhirnya, mereka menemui satu kesimpulan yang sungguh memeranjatkan. Walaupun setiap ahli terapi itu mempunyai kaedah dan personaliti yang jauh berbeza, namun merka semua mempunyai corak asas yang sama!
Bandler dan Grinder pun mengenalpasti corak-corak tersebut, memantapkannya dan membangunkan model dan teknik yang dinamakan sebagai Neuro Linguistic Programing (NLP). Selepas itu, ramai orang yang turut menyumbangkan kepada pembangunan idea-idea NLP sehingga menjadi satu ‘teknologi kejayaan’ yang luas dan dinamik.

Masalah

Assalamualaikum,
"Orang yang positif tidak semestinya tidak mempunyai masalah. Namun Orang yang negatif semestinya membuat masalah & mempunyai banyak masalah" 
Nurul Nadhrah,
22.12.2014 : 9.29am


Kehidupan ini senonim dengan naik turun kejayaan, kekayaan dan iman kita sendiri. Tanpa hala tuju saat kejatuhan itu yang bisa membuat seseorang itu down dan jatuh melayan perasaan layan jiwang main biola (kata Dr Azizan) fisiologinya tubuh seseorang akan down, tidak semangat, bahu menurun, kepala menunduk ke bawah.

Kehidupan aku sendiri banyak naik turunnya. Beberapa kali aku merasai bagaimana perasaan bila kita membuat salah, membuat kesilapan tanpa di sengajakan, gagal exam, putus cinta, dapat gaji duit habis sebab kereta rosak, dan macam-macam lagi.

Sedar atau tak . audit balik diri kita sendiri. Kenapa boleh jadi macam tu ? semuanya kerana diri kita sendiri. Yang sering buat kesilapan lalu mencari kesilapan orang dan berusaha menutup kesilapan diri sendiri. I thinks, bila kita membuat kesilapan dan kita mengaku kesilapan tak salah, sebab kita akan belajar dari kesilapan kan?

bila kita adalah masalah.Duduk dalam masalah. Terima,. Kita rasai masalah itu. Bila kita terima, kita rasa.baru kita sedar Kita rupanya puncaya..
Masalah berubah menjadi peluang./.
Tahap kehidupan kita akan jd lebih best..

Masa gelap kita nmpk x carpet
On lampu terus nmpk cntik
Cahaya Cuma satu. Warna sgt banyak. Betapa org bchy stiasa nmpk kebaikan dlm dunia. bila tdk nmpk kecantikkn dlm diri org lain. lihat balik status kita..

3 jenis manusia.
1.    Tak sihat. Gemuk. Makan bnyk. Sakit
2.    Tak sakit. Orang batuk je ."tu nanti jangkitlah nanti kat orang,,kita lemah sbb negative.. bercakap slalu ckp bgus ke tak bagus? if bagus hasilnya pun bagus
3.    Dah sihat. Tp nak sihat lagi

kehidupan ni tak akan pernah lepas dari masalah. cuma kita kena belajar bagaimana nak menyelesaikan masalah agar keputusan yang kita buat benar dan tepat..


Bersambung.....



my inspirasi
Dr Azizan Osman
Prof Muhaya
Amin Idris 
                                  

Nov 27, 2014

Saat Masa pergi


Tinggal sebulan lagi 2014 akan pergi dan tidak akan kembali.
terlalu banyak kenangan , kejayaan , malah kelalaian.
namun aku bersyukur di atas anugerah ini.

saat paling manis.
aku diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk menunaikan umrah.
Di sana sahaja terlalu hebat .perasaan rindu tidak akan pudar buat selamanya.
aku menanti untuk kembali lagi



(MAC 2014)

setelah aku pulang dari menunaikan umrah

bermula la dunia pekerjaan 
subhanallah.
aku diberi kesempatan bekerja di syarikat yang disisinya penuh ilmu dan mendekatkan aku lagi dengan ALLAH S.W.T

Aku tidak akan pernah lupa.
kenangan bekerja disini
malaysia postgraduate workshop series

selama bekerja disini
aku di tugaskan bkerja 
di pesta buku Pwtc


aku juga terlibat dengan seminar bersama 
Dr Muhaya dan Dr Azizan Osman

Kem celik Al-Quran bersama pelajar sek ren daerah Bangi 

IMKK jun 2014

Magic Tuan Azzam Sabtu


pada tahun ini juga. aku memulakan bisnes jual tudung.


bawal Zhyra





Bersambung

Nov 26, 2014

Bawal Zhyra

Bawal Zhyra (1201) RM 25

bawal zhyra (1202) RM 25

                                                                   BAWAL SATIN
bawal satin zhyra (1203) RM18

bawal zhyra satin (1204) RM18



bawal zhyra satin (1205) RM18

bawal zhyra satin (1206) RM18




Bawal Zhyra 
Bawal pilihan anda

Nov 12, 2014

good team

weeding day azu & ago
ni wajah ex teamwork mpws & alumni imkk jun 2014
bertemu kembali. hehe

habuk dah


mcm dah lama tak update . berhabuk habis... uall apa khabar?
untuk tahun ni boleh x aku cakap . aku orang bangi? boleh? 
oh x boleh ke?.haha.. ok aku still org johor.. anak jati muo ni ok..
alhamdulillah. aku ingin menempuh lagi cabang cabang dan laluan aku di tanah selangor.
belajar dan bekerja atau berjodoh?: oh noo. susah nak ckp . i'm still single ok.
haha. ok la rindu tak? tak rindu? tak rindu tak apa.. hehe 

Jul 19, 2014

Cukup Master ke kita?


impian aku memang mengunung tinggi
aku nak sambung master sehingga phd
tapi pernah tak aku berfikir untuk sambung pengajian islamku, 
pengajian al-quranku supaya tahap master & phd
atau aku mengejar kemegahan dunia
mahu di puji
takut di caci
mulut orang jadi punca untuk segalanya di ketepi
perlukah aku bersikap bergini
mulut orang boleh je cakap macam-macam
tapi yang menerima akibat adalah diri kita

Pandangan Allah lagi penting wahai jiwa
betulkan sebutan ayat dalam solat
fahamkan maknanya
master dalam hafazan
dakwah dengan penuh keimanan
akhlak yang baik

perbaiki bacaan alquran
tahu dan hebat dengan tajwidnya

aurat yang dijaga rapi
tutur kata yang sopan.

gagah dan berjaya.

tawaduk.

dan biarlah
hebat di sisi Allah S.W.T

jadilah umat yang Nabi Muhammad yang di banggakan

subhanallah
subhanallah




Jangan mengeluh




bila dicerita mengenai terlalu banyak mengeluh 
apakah kau lupa untuk rasa syukur
perlu ke kau untuk terus mengalah
dengan dugaan yang Allah ajar 

Syukurlah wahai hati
wahai jiwa
jasad
roh 
tenaga
semangat
keyakinan

kembali lah.

Jangan mengeluh

Jul 15, 2014

Terbang Tunduk -Fynn Jamal


Bertahanlah, wahai raksa,
jangan kau terhenti Berpautlah,
wahai nyawa,
ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi
Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang
tak besar mana Payah payah
semalam Moga mudah
selama Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu
Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu
Tuhan Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati

- See more at: http://nangantap.blogspot.com/2014/05/lirik-terbang-tunduk-fynn-jamal.html#sthash.yHRxTAYn.dpuf
Source : http://nangantap.blogspot.com/2014/05/lirik-terbang-tunduk-fynn-jamal.html
Content Copyrighted to Nang Antap!

Jul 14, 2014

Nutox



produk Nutox .

nampak kesannya. walaupun harganya agak mahal.
tapi penjagaan wajah penting.
agar sentiasa segar cantik dan hebat


Aku tidak tahu

aku tidak tahu
siapa yang membaca ideaku
aku tidak tahu
siapa yang suka karyaku

aku tidak tahu

boleh bagitahu?
nurna

Maju


banyak yang aku ingin bicara
tentang apa?
kehidupan yang kian mara
luar biasa

aku mungkin hina di mata kamu
perlu jatuh selalu
agar kamu  boleh ketawa melulu
berdekah dekah tak tahu malu

jangan kau sangka aku terus begitu
kerna aku bukan yang dulu
dan tak akan seperti dulu
kebangkitan aku untuk meroboh prasangkamu

saat itu,,
jangan panggil namuku
sebab aku bukan yang dulu
aku yang terus kedepan MAJU
karya nurna

Keliru


pencinta apakah aku
diulit mimpi kaku
tak tahu
mana satu

tak tenang
jarang
jurang
atau bengang

aku yang mana satu
atau aku terus keliru
aku dituju
atau menuju


aku keliru

"karya nurna"

Impian Hari Lahir



sungguh bahagia kehidupan kita yang serba lengkap.
seronok jadi orang yang boleh buat apa yang dia inginkan
hehe. anwy, aku suka nak cerita mengenai majlis hari jadi anak Irine Nadia Marcello
terbaik. tengok je macam2 ada kat party brday anak dia. 



rasa nak juga wat macam ni one day. haha
#RAYAnimestiKahwen

Terbang Tinggi


Ku terbang tinggi
di angkasa ku mencari
rupanya kau di sini
menunggu dan menanti

ku cuba berlari lagi
tapi kau masih di sini
setelah ku lelah kini
kau  tersenyum sendiri

kau tahu, jodoh kita pasti
kau berlari mengunung tinggi
kau tetap yg aku pilih nanti
& kini kita suami isteri

"karya nurna"

Jul 13, 2014

Terungkap Apakah

Tak terungkap kata
Untuk ku lafazkannya
Hanya doa
Menjadi senjatanya

Aku hanya wanita biasa
Acab kali tersentuh jiwanya
Air mata meluah pendamnya
Untuk kesekian kalinya  
 
                                 “Nurna”

Jul 11, 2014

Kerja oh Kerja


2014
Pejam celik. Subhanallah dah bulan 7 2014 . Sungguh cepat masa berlalu. Ramadhan kali ini .aku berpuasa di negeri orang. Berkerja vs  belajaq mmg jauh beza.tekanan dia lain sikit.. berhari-hari tau dak.. tapi apakan daya berusaha untuk maju dan jadi orang yang Berjaya. Semoga bulan 8 nanti aku boleh cari partme kat tempat lain. Kerja dapat 2 income baru senang sikit. Leh bayaq utang kereta ptptn.. biasala pemuda Malaysia muda2 behutang. Tp xsemua lagutu. Ada yg dh jadi jutawan remaja Malaysia la ni.. semuanya dari pilihan kita sendiri.ya dak?..
Kalau kita pilih untuk belajaq pandai2 sampai manara gading .pastu dpt pointer tinggi. Dpt anugerah sampai tak payah nak bayar pt kan senang idop.. habis belajaq. Dapat kerja. Org berebut pulak tu nak bg kerja. Sekali dpt gaji berdepukk 3000ribu sebulan. Itu namanya apa yg kita pilih dahulu dan kita akan dapat hasil pada masa ni.
Tapi apa yang berlaku pada aku dulu. Belajaq duk main. Tak pk nak byaq utang .pjam pt. beli kereta. Tp belajaq pointer tak megah. Takat 3.00 keatas bawah 3.5 .emmm perlu usaha cari kerja ikut ijazah. Tapi la ni. Jgn la nk duk memilih kerja,. Bukan apa. Susah mak oiii. Gaji 1000 utk lepasan degree macam takat partme boleh la. Bukan apa.. ptptn 300 .duit pt 300 . ada 400 utk sara hdup selama sebulan… apa cerita??.. duit minyak lagi… dan ini yang aku nak kata.. apa yang kita buat semua atas pilihan kita sejak dulu lagi..
Tapi satu ja nasihat aku pada mereka yang belajaq melambung tgi tp masih xkerja or kerja xstanding sijil. Marilah ambil kemahiran belajaq kemahiran. Buat kuih ka. Menjahit ka. Whatever.. cuba cari peluang untuk dapat duit sendiri.. lau pandai yang mengurut tu try wat dri rumah bgtw jiran. 10rgit seorg pun cukup.. xpun harga ikut ikhas .. Lau ikhlas ni luar biasa sikit untungnya. Tp lau niat nak duit mmg xdpt la rsa keuntung tu.. lau pndai photogpy tjukkn kemahiran tu mulakan dri tgkap gmbr keluarga wedding ka. Sepupu..kwn baik ka. N bole mula bisnes sndri. Menjahit .buat kuih dn sbgainya..

Haha, aku ni pandai ja ckp kan. Tp ini untuk sugg..aku pun sedang usaha jd terbaik .supaya bebas hutang pada 2018……………..

Sekian terima kasih

Jun 20, 2014

Program Dr Azizan Imkk Jun.




terlalu bersyukur diberi peluang.


Orang yang Berjaya, mereka akan mulakan sesuatu dan BUAT sehingga Habis
Bila kita lebih banyak bercakap perkara negative .dalam diri kita penuh sikap negative
Kolam jiwa. Penuh hasad dengki, dendam , benci, ego, sakit hati, sebab itu suka menyalahkan orang lain, cari kesalahan org lain, buruk sangka, mengumpat, mengata, panas baran, terlalu kotor

Cuci,.
Jadi pemaaf, cari salah sendiri, perbaiki diri, lemah lembut, xmengumpat xmengata, suka kongsi ilmu sbb ilmu yg dsebar akan berterus shga mati..

Kali pertama aku ikuti program Dr Azizan Osman, sebelum ni aku selalu ternampak gambar dia kat paper, dkt tv. Mcm hebat. Aku teringin sangat nak joint program dia.
Syukur Alhamdulillah. Aku dapat bekerja di MPWS, Company hantar ke IMKK. Dan aku terima dgn lapang dada. Terlalu happy Allah bagi rezeki dgn mudah,

Setibanya aku di Mines Micc. Aku terperanjat terlalu ramai orang, dan mereka menjerit2 excited utk masuk kedlm. Aku dgn kwn2 aku tercengang.

Kalau kita pcya dgn apa kita percaya. Kita xakan hdp dgn kepercayaan org lain
Klau kita fhm dgn apa yg kita fhm utk kebaikkan. kkita xperlu risau dgn kfhmn org lain
Bagaimana kita lakukan satu perkata kita akn buat semua perkara



Bersambung

Apr 26, 2014

Be Positive (kerja dan belajar)

Baru seminggu aku mula bekerja dan berhijrah ke bandar baru bangi, selangor. kerana mendapat rezeki pekerjaan di sini. Subhanallah. Allah permudahkan perjalanku selepas aku pulang dari mengerjakan umrah. Mungkin di sini tapak permulaan aku untuk lebih maju kehadapan dan aku  berharap cita2 aku untuk menjadi seorang guru/pensyarah/tenaga pengajar tercapai dengan gayanya. Aku tahu bukan mudah untuk mencapai tahap hidup yang senang .Kerana bersusah susah dahulu. agar bila kita senang kita dpt kenang betapa susahnya kita dahulu. Hidup ni bukanlah mudah. Tapi sebenarnya Allah sentiasa memudahkan kita. belajar erti syukur. Walaupun hari ni kita dapat makan roti satu keping sekali pun kita tetap kena faham makna bersyukur. sebab apa Allah masih memberi rezeki pada kita. Allah masih memberi rezeki untuk kita bekerja. 

Bila kerja dalam tekanan?
tak de kerja yang tenang. xde kerja yang relex. bila di katakan kerja. Maka akan ada tekanan di dalam setiap pekerjaan. Tekanan tu xlari. mcm mana nak elak dari tekanan tu. cuba berfikir secara positive. Aku jadikan Rasulullah sebagai sumber inpirasi aku dalam bekerja. Sebab apa. Rasulullah lagi hebat dan bersabar dalam melaksanakan kerjanya. Mcm mana Rasulullah bersusah payah pasti umatnya memeluk islam . bila dia dilemparkan mcm2 hinaan dan d'ugut bunuh. Kenapa perlu kita yang bekerja dalam keadaan negara yang aman, office yg ada aircord, tempat kerja yg bagus. tapi masih merungut kerja banyak dan mcm2 lagi. itu lumrah. xkan nak makan gaji je. Kerja itulah gaji kita kan....Sentiasa setkan kembali minda . perbetulkan niat. ingat! niat kerana Allah taala setiap kali memulakan pekerjaan. Sebab Allah akan sentiasa membantu kita sekiranya kita bekerja secara berhikmah dan ingat pada MAHA ESA

belajar?

belajar sambil bekerja. mcm mana nak handle ek?
ok, thinks positive again. selagi umur masih muda. selagi tenaga masih ada. amik peluang utk sambung pelajaran sambil bekerja. Bukan apa. ilmu itu terlalu meluaskan... rugi kalau xhabiskan belajar. 

hehe. pandai pulak aku yg menyoal. aku yg menjawab. inilah cara aku untuk positive kan diri sendiri 


Be Positive :)

Erti sahabat


ini cerita tentang sahabat.
 Ya, sahabat..
 Sahabat bukan bermakna kita perlu sebaya umur. 
tapi sahabat adalah dia jdkan kita tenang disaat kita sedih.
dia buat kita ingat pada pencipta.
dia yang selalu membuat kita tersenyum tika sukar.,
bukan mudah untuk mendapat sahabat sejati.
tapi dengan sahabat ini.
mungkin memudahkan kita masuk ke syurga,
kerana bersahabat dengan org yg baik memberi peluang utk kita sentiasa dekat pd Allah.
tp andai sebaliknya. itulah penyebab kita selalu hilang arah tujuan apabila bersahabat dengan org yg membawa kita ke lorong kegelapan.

senyum sahabat